Thursday, February 20, 2014

Dunia Semakin Tenat-Kemarau


Assalamualaikum semua dan Heyya!

Hmm selepas lepas Banjir melanda pada akhir tahun 2013,musim Panas pula melanda.Cuaca sekarang tidak menentu kan sekarang nih?...fuuh kesian pokok dirumah I hampir nak layu.Malah situasi semakin kritikal di Tanah Semenanjung ni bila Sungai Batang Benar one of the main artery yg supplies 31 million liters of water ke beberapa daerah di Negeri Sembilan hampir kering.





Mengukur Paras Sungai Batang Benar
Sekarang ni musim kemarau ni berlaku di beberapa Negara di dunia.Semua merasakan the "Dry Spell" di California, Goald cost dan di Tanah Air kita juga mengalamai kemarau atau heat wave. Kemarau ialah suatu keadaan di mana kandungan air di dalam tanah adalah sangat kurang menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang. Cuaca di sekeliling sangat kering dan berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Kadar kelembapan udara juga adalah rendah. Semasa kemarau, hujan turun dengan dengan sedikit atau tiada langsung hujan yang turun.


Kemarau dapat dibahagikan kepada empat kategori:

(i) Kemarau kekal - iaitu kemarau yang berpanjangan di gurun yang panas dan tandus
(ii) Kemarau bermusim - iaitu berlaku mengikut musim tertentu dalam setahun
(iii) Kemarau kontigen - kemarau yang berlaku kerana hujan tidak turun pada waktu yang sepatutnya hujan turun
(iv) Kemarau tidak nyata - kemarau yang berlaku tanpa dijangka dan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


Petani Mad Husin 75 tahun melalui sawah miliknya di Kanpung Bendang Raja,di Kubor  Panjang,Pendang Kedah.


Kenapa Punca Kemarau?
-Perkembangan perindustrian yang pesat
-Pencerahan hutan
-Faktor semula jadi/ fizikal

Efek Kesan kemarau
-Aktiviti pertanian dan penternakan terjejas
-Penyebaran wabak penyakit
-Menyumbang kepada kemusnahan lain.

No comments:

Post a Comment