Monday, December 31, 2012

2012 SLOWLY FADING....2013 EMERGE

Kenangan 2012 akan aku abadikan dalam hati aku selamanya..yes 2012 is fading but the memories still instill in me forever.Aku melalui berbagai dugaan dalam hidup,kerjaya dan aku juga melalui kenangan manis.Yg pahit aku tak buang dan yg manis aku tak terus telan.Maafkan aku...i have done alot of mitakes this year....but nevertheless i always wanted to improve and learn from my mistakes.

2013 akan menyusup tak lama lagi Emerge 2013 in my life, is another chapter another chance to be a better person.Yes, i have not been a good person,a good daughter,mother,wife,sister and as a friend.But i hope 2013 will give me a chance to improve my life.My kerjaya is also giving me lots of dugaan dan ujian yg sukar,but im taking baby steps to move up and prove to myself i can do it.

So 2013, bring it ON!..Im changing to a new me, new body,new health but the one i love i keep it as it is.I never want to forget what i can remember...

See You All Next Year!..InSyaaAllah










Salah aku kah? Begitulah anggapan...


HARI INI  yakni..sekarang, semakin hari aku makin dilamun perasaan bersalah hurm, entah lah. Aku sendiri sesal dan aku pasti aku tahu dari mana datang perasan itu.Benda dah jadi, makin di simpan makin parah.Aku dah lupakan apa yg tidak manis,yg lebih penting kenangan manis kita, untuk terus hidup sebagai kenangan. Dengan rendah diri, aku minta maaf pada kau atas ketidak prihatinan aku terhadap perasaan kau,tidak terus terang dgn kau sehingga kau mencurigai aku dan segala kesalahan aku pada kau selama kita bergelar sahabat BFF 2 Dekad.Mungkinkah akan ada lagi persahabatan itu? Mungkin nama aku telah padam kerana aku paham benar pendirian kau.

Aku mungkin bukan sahabat kau lagi...itu yg kau anggap tapi bukan aku aku rasakan.Setelah kau delete aku,aku juga harap aku bukan LAWAN untuk kau.
Maafkan aku wahai sahabat,tidak terlintas melukakan hati kau walau adakalanya hati aku ini terluka dan tersinggung dengan sikap kau.Ya..tapi tetap hati aku ni masih memaafkan kau jua.Sesungguhnya aku ingin berterus terang dengan kau.Apa kan daya hati dan lidah aku ini tidak berkata.Malah seperti  masa tidak memberi aku ruang .Sepi seribu bahasa sehingga kau anggap yg lain pula.Ternyata niat,perbuatan aku,kemeriahan bersama yg lain disalah erti,tapi tak mengap,aku tak salah kan kau.Ia semua salah aku bukan?Anggaplah apa yg kau nak anggapkan tentang diriku.Aku doakan kau kesejahteraan abadi,kebahagiaan selamanya bersama kelurga sakinah kau.
ALLAH jua mengetahui segalanya.Apa yg berlaku atas kehendak ALLAH.Tidak daya aku menghalang apa yg telah terjadi.Apa yg ditakdirkan semuanya ada hikmah wahai sahabat ku.Semoga ia menjadi iktibar buat kita setelah 20 tahun bersama.Hilang kekasih senang berganti, hilang sahabat kenangannya abadi dan sukar diganti









Friday, December 21, 2012

12.21.12 TARIKH INI BENAR...


Apa nak jadi dengan kehidupan kita.? Apa yg heboh sangat pasal 12.21.12 ni?Bagi aku biasa jer mcm hari biasa.Tapi tarikh nijatuh pada hari Jumaat.Hairan?Apa nak dihairankan.Tarikh ini juga permulaan bagi aku tulis dan aktif berblog,tarikh ini juga aku sedar akan kelemahan diri,hari ni juga aku menyesal atas perbuatan aku sendiri.Tapi aku tak nak jadi syirik percaya benda pelik akan berlaku..khurafat!!! Tapi sebagai anjakan paradigma bagi aku untuk berubah.

Hari ini.21 Disember 2012,bersamaan 7 Safar 1434H iaitu pada hari Jumaat yang mulia ini,kononnya,ramai hamba Allah yang mengatakan dan meramalkan pada hari ini akan berlakunya KIAMAT atau penamat hayat bumi ini.Ramai hamba Allah yang percaya pada ini akan berlakunya kiamat sehingga mereka.Namun sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya bukanlah hari kiamat seperti yang digembar-gemburkan,sebaliknya ia merupakan satu permulaan baru dalam kalendar masyarakat Mesoamerika.
Masyarakat Mesoamerika percaya,pada hari ini,merupakan hari terakhir dalam kitaran panjang 5,125 tahun kalendar Long Count.Bermula esok,mereka percaya akan bermulanya kitaran 5,125 tahun berikutnya yang baru.Bermakna,hari ini merupakan hari terakhir dalam tempoh 5,125 tahun sebelum pada esok akan bermulanya hari dan kitaran tahun yang baru.Ia seumpama odometer kereta yang kembali kepada sifar selepas bergerak lebih dari 100,000 kilometer.  

Jadi,tarikh 'keramat' 21 Disember 2012 bukanlah 'hari kiamat' seperti yang digembar-gemburkan,sebaliknya merupakan hari permulaan baru untuk membuang segala sikap dan teladan yang buruk dan digantikan dengan sikap dan teladan yang lebih baik.Andainya kita mempunyai segala kesilapan,masih belum terlambat untuk menjernihkannya semula.
Soal kiamat ataupun tidak,wallahualam...,itu urusan Allah s.w.t.Hanya Dia yang mengetahui bila akan berlaku kiamat yang sebenar.Yang penting kita harus menambah 'saham' akhirat sebanyak yang boleh.Ajal dan maut itu ialah kehendak-Nya.

Dalam Islam,kita harus percaya bahawa kiamat hanya ditentukan oleh Zat yang mencipta bumi ini.Sabda Rasulullah s.a.w.:

" Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum datangnya enam perkara iaitu:Dajjal dan Ad-Dukhan (asap kabut),binatang melata di bumi,terbitnya matahari di tempat terbenamnya (arah barat),kehancuran dunia secara total dan kematian diri-mu sendiri,"(Sahih Muslim,Bab Fi Baqiyyah min Ahaadiitsi Ad-Dajjal 18:87.)

Jadikanlah ia sebagai iktibar kepada anda dan diri saya semdiri.