Sunday, May 27, 2012

Bulan Mei Yang Meriah dan Insaf.

Salam bulan Mei,maaf kerana lama tak update.Bukan apa aku sangat sebok dari bulan Mei ini sampai puasa lah kelak Insyallah.Sebok ngan kerja lah,campur dengan tanggungjawab dengan suami,mak aku dan anak anak..aduhhh tak menang tangan dibuatnya. Bulan ni Istimewa sebab bulan ni hari jadi Suami aku dan Mak aku.Tak lupa juga harijadi sahabat aku Farisa. Bulan ni penuh keceriaan.Hari Ibu,Hari kebajikan dan Bulan Rejab jatuh pada bulan ini.Dan yg penting bulan Mei dan June ni aku sangat sebok penoh dengan agenda keluarga.Aku tersedar,ya aku sedar yang aku ni jarang sama sekali menghabiskan masa bersama keluarga dan orang yg memerlukan. Bulan ni yg paling aku tunggu bukan Hari ibu, ya walaupun penting tapi ia harus di lakukan selalu bukan?Jangan tunggu hari ibu sahaja tau. Ini adalah acara tahunan,HARI KEBAJIKAN,acara ni bukan selalu aku buat.Tapi bila ada peluang aku pasti nak pergi.Untuk tahun 2012 Program Kebajikan yg dianjurkan oleh Majikan aku kali ini di SCAS&FT-Spastic Children Association of Selangor & Federal territory.Di sini aku sedar bahawa Allah Maha kuasa dan Maha Penyayang.Aku bersyukur sangat apa yg aku miliki.Baru aku sedar bahawa aku ni taklah sesusah mana pon alhamdulillah sangat apa yang ada dan kita yang cukup sifat dan segalanya Allah berikan, harus membantu pada orang yang kurang upaya,fakir miskin,anak yatim dan orang tua.Tidak kira lah dari segi tenaga atau wang ringgit.Kalau nak bagi wang ringgit yg pasti tangan kanan yg memberi tu jangan sampai tangan kiri dapat tahu.Ikhlas jangan disebut tapi niat di hati.Di pusat SCAS&FT ni aku cat pagar .Ada diantara kami yg buat mural,bersihkan halaman dan beri goodies pack pada kanak-kanak disini..best jugak, penat tapi seronok.Kemudian kami bermesra bersama kanak-kanak spastic dan staff disini.Best..kanak-kanak spastic ni terdiri dari berbagai bangsa.Semangat mereka kental,walau terencat akal tapi mereka punya jiwa,punya perasaan.Aku tengok mereka ini sangat tabah mengharungi kehidupan mereka seharian.Malah aku kagum dengan ibu bapa atau penjaga mereka yang tak pernah kenal erti putus harapan.Sentiasa memberi semangat dan setia bersama anak mereka.Menitis air mata aku tengok..aku tabik pada parents semua yg ada ada anak Spastic nih. Disini aku sertakan gambar member ofis aku,Boss aku dan promoter aku yg sporting yg turut menjayakan Hari kebajikan ini..

Sunday, May 20, 2012

Jom Cuti!Bawak anak..jom :P

Siapa tak suka pergi cuti...aku pon suka.Tapi bila bawak anak..hmmm .Suka tapi penat.Sebab anak aku ni banyak kerenah sangat nakal dan degil.Tak begitu aktif suka memerap kat bilik.Ajak jalan jer,malas.Nak lepak jer.

Anyway..that's my kids.They just love to lepak kat pool,bilik and enjoy makan.Wahh..enjoy betul.Jalan sikit merungut penat lah..panas lah.Hmm princess betullll.Hahahahh ponek mak oiii.



Raya Cina pon..kita jalan-jalan








So here some memories i shared with them.Tak jalan jauh pon..Cuti-Cuti Malaysia jerrr.Tapi janji ENJOY kannn.









With thier cousin Hafiz..



Ok jom balik...


Sunday, May 13, 2012

Mak...Ampunkan Su.-Selamat Hari Emak

Mak,Selamat Hari Emak/Happy Mothers Day.Mak..tetiba su masih ingat lagi masa su kecik mak bawak Su balik Kampung.Kampung Mak kat Kampung Binjai, Jitra Kedah. Kat kampung.Rumah Tok dan Wan besar tapi kipas siling tak  de.Kipas meja pulak limited,bila malam malam mak kipas kan su bagi su tak panas.Mak ngantuk tapi mak buat juga.Mak layan kerenah su masa kecik.Journey nak balik  Jitra jauh sangat.Mana ada Plus Higway.Su pulak bayi cerewet..Mak sabar sungguh dengan perangai temper Su kan.Bila dah besar lain pulak perangai..lagi menjadi-jadi.Maaf yer mak.Biasalah remaja.
Tapi Mak,su sentiasa ingat jasa Mak dulu kini dan selamanya.Mak ampunkan su mak..su selalu marah mak,selalu buat mak sedih,su degil ,su tak dengar cakap mak.Tapi mak dari sudut hati su, mak is the best.Su sayang mak,tapi su jarang tunjuk..kang kata Poyo pulak.Tapi mak,mak jangan bimbang su sentiasa doakan mak dan Babah.Mak su sayang mak..ampunkan dosa dan kesalahan su ya mak.
Mak...Hari-Hari Happy Mothers Day Mak.
Kalau Mak dah takda..gelaplah hidup su mak..