Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433Hijrah 2012

Assalamualaikum keluarga ku,sahabat ku dan rakan sekelian,Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kali ni dengan penuh Syukuran dan kegembiraan ke Hadrat Ilahi.Bulan yang menghimpun segala kebaikkan dan amalan ibadah kita, bulan yg menguji kesabaran dan bulan kemaafan,serta bulan yg mendidik kita menjadi kita muslim yang sabar.Oleh yang demikian wahai sahabat ku dan famili aku berdoalah kita agar mendapat menjalani ibadah ini dengan penuh ketaqwaan dan mendapat baraqah dari segala;ibadah yang kita lakukan. Kawan aku ada pesan-"Ucaplah 'Alhamdulillah' kerana masih dipertemukan dengan hari Jumaat (30 Syaaban) yang penuh barakah. Ia merupakan hari Jumaat terakhir pada bulan Syaaban 1433H untuk kita dan kurang 24 jam sahaja lagi kita akan menyambutnya. Ya Allah ya Tuhan kami berilah kesihatan yg baik dan kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab kami bagi menunaikan Ibadah puasa kami pada tahun ini, semoga puasa pada tahun ini adalah puasa kami yang terbaik dari puasa kami-kami yg terdahulu dan juga bukanlah puasa kami yg terakhir, doronglah kami kearah kebaikkan dan jauhilah kami dari arah keburukan dan kejahatan, limpahi kami dengan keberkatanMu, Semoga hari ini jauh lebih baik daripada hari semalam dan semoga Allah memelihara kita untuk bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak. Allahumma Amin. "Thanks ya kerana berpesan dan ingat-mengingati.
"RAMADHAN: Celaka orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang Agung ini.Bringatlah akan rasa lapar dan haus ketika di hari kiamat nanti."
Dua minggu nak puasa aku tak berapa nak sehat, aku diserang Migrain dan Sinus yg melampau.Sakit kepala dan hidung aku berair macam paip.Dengan lendir macam cendol ewwww.Aku makan Antibiotic,Ubat Tahan Sakit,Nutrilite Supplement.Tapi siapa lah aku nak tandingi penyakit yang Allah bagi ni.Aku terima seaadanya.Tapi aku ikhtiar..cari ubat.Makan lah ubat..janji nak sehat.
Jadinya Allah duga lagi,minggu ni aku sakit Gastrik pulak...adoiii.Aku sedih sangat ..nak puasa ni kenapa perut aku buat hal pulak.Aku lagi sekali telan ubat sakit perut.Aku jaga makan aku..tak makan sebarangan.Kepala sakit,perut sakit...dugaan sangat.
Apapun dah berkoyan ubat dan supplement  aku telan,janji  perut ni kena baik .Kepala aku pon kena baik.Esok nak posa dah..nak ibadah lagi.Ya Allah kuatkan lah dan sehatkan lah tubuh badan aku ni.Ya Allah berilah kesihatan yg baik dan kekuatan kepada aku untuk melaksanakan tanggungjawab aku menunaikan Ibadah puasa pada tahun ini , Ya Allah semoga puasa pada tahun ini adalah puasa yang terbaik dari puasa aku yg terdahulu dan juga bukanlah puasa hamba mu yang terakhir, bawalah hamba mu ini kearah kebaikkan dan jauhilah dari arah keburukkan,kajahilan dan kejahatan, limpahi diri ku dengan keberkatanMu Ya allah.Aminn
Anyway aku gembira sangat dan tak sabar Ramadhan kali ini...insyallah akan buat ibadah yang terbaik ,cuba nak kekalkan Tarawikh insyallah dan banyakkan buat amal ibadat dan sedekah.Dan aku harap korang semua pon begitu juga ok.
Niat Berpuasa di Bulan Ramadhan..Jangan lupo laei ok...Ingat nanti kalau lupo..heheh pose yangyok siang buka periok.Jangan gitu yaaa.Dalam apa jua perkara yang kita buat semuanya mesti dimulakan dengan niat. Berpuasa pun sama jugak kena mulakan dengan niat. Ada sesetengah orang dia lebih senang berniat puasa untuk sebulan terus dalam bulan Ramadhan ni. Ada juga yang berniat puasa setiap hari.
Ingat bersahur pada jam terakhir pon adalah amalan baik.Memperlambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka.Bila bulan puasa jangan cakap yang sia-sia.Jangan nak dok bergossip baik face to face atau facebook ya.So kawal diri dengan kata-kata dan penulisan. Ok semua jom tidur dulu..nanti susah pulak nak bersahur....good nite.Dan jangan lupa ya Agenda Diri Sendiri  selamat beramal!!

No comments:

Post a Comment