Friday, February 14, 2014

Bukan Mudah Menjadi seorang Emak


Menjadi seorang Emak bukanlah tugas yg mudah apatah lagi yg bekerja dan banyak pengorbanan yg harus dilakukan.Akan tetapi kalau pandai balance masa pasti tidak lah begitu susah menjadi aeorang emak.
Anak ramai atau sikit bukanlah menjadi ukuran,sebab tugasnya sama juga mendidik anak dan memberi kasih dan manja pada anak anak.Tetapi ya lah bebanan itu berbeza.Manakala yg punya pembantu rumah
beban mengurus rumahtangga agak berkurangan dan boleh fokus sepenuhnya pada anak anak.Akan tetapi tanggungjawab itu harus dan tetap dipikul oleh seorang Emak.Ada mak yg garang dan ada mak yg lemah lembut.Bagi aku lah..mak aku tegas dan agak laser.Garang tak,tapi suka tanya macam polis.Tapi itulah..sentap, merajuk..dia tetap mak aku.Dan kini aku bergelar emak...baru aku tahu tinggi rendah langit dan baru buku bertemu ruas.Walaubagaimanapon,aku ada tetap ada cara aku sendiri bagaimana nak menentukan hala tuju anak ,mendidik dan mngasuh.Ya walaupun ada suami yg bantu dan ada yg tidak..anak ni suka menempel ngan emak.Walau emak tu garang heheheh.Sebab apa? Sebab Emak,title yg sangat suci dan terbaik dalam dunia.

Pada Emak berdikari pula, lebih mencabar kerana dia lah emak dan bapa.Memegang 2 tanggungjawab mwnguruskan hal anak.Sungguh tabah dan sabar mereka ini.Mengharungi liku kehidupan jauh lebih mencabar mental dan fizikal.Namun mereka ini cekal mendidik dan memberi perhatian yg terbaik buat anak anak.Hats off to them.
Walau apa pon, tugas seorang Emak sangat mulia,walau penat lelah mereka tetap lakukan tugas mereka dengan penoh dedikasi.






No comments:

Post a Comment