Tuesday, March 4, 2014

Bukan Salah Popi


Dadah...bahanya penyalahan gunaan dadah pada manusia.Aku pon kadang kadang heran.Kenapa ya..orang suka menyalah gunakan ubatan ini dan hisap,cucuk, makan benda ubatan  ni semata mata nak "high".Adakah untuk melupakan masalah mereka? Bukan Salah bunga Popi..tapi salah manusia yg menyalahgunakan bunga ini dan proses dengan cara yg salah.
Pada kali ini aku nak menekankan jenis dadah yang pertama iaitu; OPIAT dikeluarkan daripada getah tumbuhan pokok popi, dikeringkan, diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu, candu, morfin dan heroin.
CANDU.
Merupakan sejenis narkotik yang berfungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.
Getah buah popi yang berwarna putih bertukar kepada coklat kehitaman. Ia berbau kuat, elastik apabila segar dan keras jika terdedah kepada udara.
   Cara menggunakannya dengan menghisap melalui paip atau cara 'chasing the dragon'.  Bahasa pasar bagi candu iaitu 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar.
MORFIN.
Merupakan sejenis alkaloid yang diproses daripada candu mentah. Di pasaran gelap, dikenali sebagai candu mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. Cara penggunaan, menelan dan menyntik. Nama jalanan, 'M', 'White Powder', 'Monkey', 'Morpho'.
HEROIN.
Dadah jalanan paling kerap disalahgunakan. Bentuk tulennya adalah serbuk putih pahit. Berkali ganda kekuatan daripada morfin. Penyalahgunaannya dengan menyuntik, menghidu,  dan menghisap. Nama lain ialah, 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang, 'Penang Pink'.
KODEIN.
Bahan alkaloid wujud semulajadi dalam candu. Kodein dalam pasaran dihasilkan daripada morfin. Dalam perubatan digunakan melegakan kesakitan sederhana dan ubat batuk. Gunaknnya dengan menyuntik dan menelan.
  
 
OPIAT SINTETIK.
Meliputi bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan 'dextropropoxyphene'. Sifat serupa dengan opiat dan digunakan dalam perubatan melegakan kesakitan. "Methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Walauapa pon..tolong lah jauhi dari penyalahan gunaan Dadah jenis ini yg dinyatakan diatas.Membawa banyak kemudaratan.Boleh sampai makan isi dan koyak kulit  masyallah ngeri . Lihat lah gambar di bawah ini...Ini lah efek bahana dari KODEIN ABUSE,METHADONE dan lain lain ubatan sinstatik yang bertujuan untuk pain killer tapi ditelan,dicucuk dan dimakan sesuka hati tanpa had,sebab nak KHAYAL!!
 
" Desomorphine, known in Russia as “krokodil,” or crocodile, is an extremely toxic drug made from codeine-based pills that are then mixed with iodine, paint thinner, gasoline, alcohol or oil. The concoction is injected, leading to a shorter but more powerful high that’s often found with heroin or morphine use."
 
 
 
  JAUHI LAH PENYALAHAN GUNAAN DADAH!!
BUKAN SALAH POPI
SALAH KITA SENDIRI YANG MENYALAH GUNAKAN DOS DADAH OPIAT!!
 
EFEKNYA!

No comments:

Post a Comment