Kita perlu ada keluarga kerana? Kerana keluarga lah harta yg kekal abadi.Kalau tidak pincang sebuah keluarga itu,Insyallah mereka akan mendoakan kita kelak bila kita tiada.Terutamanya keluarga terdekat kita.Macam Mak Ayah,anak-anak,abang ,adik dan kakak.
Keluarga kena lah tolong menolong sesama.Bergaduh adik beradik tu biasalah, tapi janganlah terbawa bawa hingga memutuskan siratulrahim.Kerana adik beradik ni umpama air dicincang takkan putus.
My Familia |
My Kids and Nephews |
With My lovely cousins. |
Malah sebagai Suami dan Isteri kita juga kena ada sikap kerjasama dan saling faham memahami.Dan yang paling utama adalah sifat sabar dan sering memberi kemaafan.Sebab apabila kita menjadi Suami dan Isteri akan terbentuknya satu unit keluarga.Dan kita lah yang bakal menjadikan generasi kita atau keturunan kelak kita itu diredhai oleh Allah dan menjadi umat yang memiliki sifat baik,hormat menghormati dan kasih sayang seperti mana atok,nenek dan ibu bapa kita didik kita.
Jika ada diantara keluarga kita tak menjadi, atau tersasar dari landasan,ada masalah..janganlah marah sangat, benci dan menghukum atau perli mereka.Tak baikk.Kita kena bantu semana yang boleh.Beri nasihat yang sesuai dengan keadaanya dan memahami situasi masalahnya.
Bantu sekadar yang mampu,doakan kesejahteraan mereka.Kerana kita sebagai keluarga adalah satu unit, kena bersatu.Jangan ada benci diantara keluarga dan pilih kasih.
No comments:
Post a Comment