Friday, March 14, 2014

Kerisauan Ku Kini...

Aku terfikir sejenak...


Apakah yg berlaku dengan Malaysia sekarang ni..dugaannya Negara aku tercinta.Kenapa aku concern sangat dengan Negara Tumpahnya Negara Ku?
Kenapa tidak? Kenapa tidak boleh ke? Sebab aku bukan perdana menteri jadi perlu apa aku sebokkan?

Ok mari aku kongsikan apa aku concern-:
  1. Kemarau-Tanaman aku layu dan empangan air berkurangan.
  2. Tiada Air-Banyak kena catu susahkan pendudul termasuk aku.
  3. Denggi-Air yg tak bergerak dan kotor
  4. Jerebu-Pencemaran Udara dari asap kilang dan kereta serta pembakaran terbuka.Walau tak seteruk di China tapi kalau boleh taknak lah sampai tahap begitu bukan?
  5. Politik yg tak keharuan-Anwar dipenjara.Tak seteruk politik di Thailand tapi kalau boleh dibendung apa salahnya.harap Politik di Malaysia tidak keterlaluan.
  6. Jenayah berleluasa dengan kebanjiran warga asing
  7. Kehilangan Pesawat MH370-Rakyat mula resah
  8. Bomoh KLIA-Menampakkan kita masih Kufur dan Syirik Astaghfirullahazimm
  9. Sistem Pelajaran yang tak konsisten-Penangguhan PBS
  10. Rakyat kita dulu majmuk kini semakin runcing perakauman
  11. Isu Halal yang masih menjadi tanda tanya kredibiliti Jabatan Agama Malaysia
  12. Islam Kad Pengenalan-Mana hala tuju remaja Islam dan kanak kanak Islam sekadar Islam di kad Pengenalan.
  13. Bebanan Hutang Negara-Barang semakin naik dan naik cukai pon naik
  14. GST-Ramai masih bingung dengan implimantasi nya walhal tinggal beberapa bulan sebelum 2015.
Itu lah yang boleh aku huraikan.Ya ..sedikir sebanyak ia memberi impak pada diri aku ini.Kerana ia menjejaskan ekonomi dan pemikiran masyarakat sekarang.Aku juga risau tentang cuaca kini ,nak sampai bila?Nak jadi macam China kah?..Pelajaran dan Skor PBS anak aku bagaimana? Tanggungan mula bertambah gaji aku semakin tak mencukupi tapi Alhamdulillah masih mampu makan nak bermewah tidak la sama sekali.

Apapun apa yang aku boleh jelaskan adalah aku harus solat tak tinggal dan berdoa agar keselamatan negara aku terjamin,cuaca cerah kembali.Hujan turun agar air ada untuk manusia,haiwan dan tumbuhan.Aku harapkan pelajaran anak aku tak terjejas .Aku taklah impikan istana dan hidup bermewah sekadar hidup ini direstui Ilahi Maha Pencipta dan sederhana.

Indahnya kehijauan,ketenangan dan cuaca yang ceria lagi mendamaikan

No comments:

Post a Comment