Showing posts with label Health is Wealth with NUTRILITE. Show all posts
Showing posts with label Health is Wealth with NUTRILITE. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Al-Kesah Jerawat Saya-Part 1

Heyya..Apa khabar semua

Ok today I nak bagitau kat u all..i ada masalah jerawat! Yes as an adult i still have Jerawat or Acne.Eiiiii bosan tau.
Masalah jerewat ni dari anak dara samapai aku sendiri ada anak dara adoiii...jerawat aku bertali arus.Jarang la aku ada kulit halus mulus.
Memang hati seorang perempuan memang nak kulit halus,mulus, putih, anjal,small pores dan segalanya cantik dan bersih.
Tapi tu lah nak buat macam mana...dah nama kulit kan,berbeza beza lah.Ditambahkan dengan pemakanan dan stress..hmm jawabnya tak selesai lah masalah jerawat ni
So I ambil pendekatan.
  • Ambil Supplement
  • Cukup tidor
  • Makan seimbang
  • Minum Green tea
  • Minum Air
  • Jaga Kebersihan Muka.
Kekadang kita suka kumpil dan picit jerawat..ahhh ni tabiat kena elak.Sebab selagi buat tu macam mana nak baik.Lagi satu..cuci muka demi kebersihan.Sebab bakteria mudah membiak pada kulit kotor dan berminyak.Kena rajin cuci,toner dan pelembab.Sebab kalau tak letak toner, pores membesar dan tak kalau tak sapu pelembab..kulit akan kering dan minyak dari kulit akan keluar.

Jaga pemakanan pon penting..dan minumlah banyak air untuk flush out toxin.
Ok di bawah ini rentasan kulit,hmm tengok tu whitehead nak terjadi dan juga blackhead.Bilit picit keluar akan terjadilah lubang.Dan kalau lubang kulit tak tutup kotoran masuk jadi bengkak...dahh jerawat mula naik.Inflamation,nanah dan keradangan berlaku.




















Ini pula gambaran di mana kawasan hot spot jerawat akan tumbuh dan kena.Disini kita boleh tahu..kalau bahagian pipi banyak kena jerawat sebab apa? Punca sebab peparu so its our pernafasan,diatas bibir adalah dalaman perut makna penghadaman dan sebagainya.Oleh itu semua berpunca pada apa kita makan dan aktiviti kita.Adakah kita cukup senaman dan rehat? Adakah pemakanan kita banyak sayur dan buah buahan?
Kita juga kena lakukan proses meng-nyah toksik dalam badan supaya peredaran darah kita baik.

Lihat gambaran dibawah




Kulit Muka I sekarang..maaf gambar senget.Tak tahu nak rotate

Ok ni pulak...gambar aku sekarang dengan jerawat yg mencanak.Agak agak bahagian apa yg perlu I kena jaga? Haaa pandai pon, bahagian -:
  • Paru paru
  • Ovari
  •  Perut
  • Uterus
  • Intestine





So..kena lah tambah supplement dan jaga pemakana.Disebabkan msalah dikawasan Ovari dan Uterus kenalah amalkan Evening Primrose untuk kawal hormon dan perjalanan haid yg baik.Ok peparu? mungkin sebab udara tercemar jadi kena ambil vit c.Perut? ini kemungkinan pemakan.Makan yg berminyak dan tak berpantang.Main bedal jer makan..jadi kena ambil Protien Soy powder dan Lecithin -E.Omega pon baik juga untuk lower kolestrol.Dan fiber untuk sistem pencernaan makanan dan pembuangan yg lebih baik dan sihat.(Buang air besar laaa kena sehari sekali baru bersih..dalaman kann)

Artistry Balancing Set untuk kulit muka sensetif ,minyak dan berjerawat







 

Evening Primrose untuk mengawal peredaran Haid dan Hormon wanita







Akan tetapi I akan cuba guna T3 Mycin  Clindamycin gel 1% ini untuk merawat jerawat I yg dah teruk disebabkan bakteria.Ini bukan lah permenant..hanya sementara.Tapi amalan mencuci muka 3 langkah asas dan pengambilan supplement tetap dilakukan.




I harap dalam tempoh 2 bulan akan dapat muka yg bersih.Insyallah, kita usaha mana yg kita mampu.Apa yg penting ialah pemakanan,senaman,product yg hebat dan gaya hidup sihat!

So...see you all in my next up coming post Al- Kesah Jerawat Saya.

Sunday, February 16, 2014

Jom Kurus dan sihat!


You all...aku nak diet!! Jenuhhh nak menguruskan berat badan yg terlampau ni.Tapi aku never give up! Kalau tengok post-post aku dari dulu asyikk nak kurus jer,tapi berat tak turun gak.

So ada kawan ni suggest Makan Seimbang...So apa tu ek makan seimbang?Err selama aku cuba diet ni tak seimbang ke? Makanan yg kita makan kena kurang lemak,garam dan gula.Bukan tak buleh tapi dalam kadar yg sedikit.


Makanan yg seimbang sgt penting dalam memastikan kesihatan yg sihat. Diet yg terbaik adalah datangnya daripada pemakanan yg seimbang. Sungguhpun begitu, pengambilan calorie haruslah berdasarkan betapa aktifnya anda dalah kehidupan seharian. Pengambilan calorie haruslah seimbang dengan tenaga yg digunakan. Bagaimana ingin mengetahui apakah pengambilan calorie cukup atau terlebih, terlebih dahulu kena mengetahui keperluan calorie seharian. Sungguhpun pengambilan calorie tidak melebihi keperluan calorie seharian, anda perlu pastikan segala calorie daripada pemakanan haruslah seimbang untuk tubuh badan menerima segala nutrisi yg diperlukan.

Diet secara sihat adalah daripada makanan yg seimbang, termasuklah:

1. Pengambilan Carbohydrate
Carbohydrate terdiri daripada sumber makanan berkanji, seperti nasi, kentang, bijiran, dan roti. Sumber carbohydrate yg baik adalah digabungkan sekali dengan bijiran. Hal ini kerana ia mengandungi serat di mana akan menjadikan anda kenyang lebih lama. Makanan carbohydrate ini seeloknya diambil segenggam tangan, kerana jika terlebih juga akan menyumbang kepada kenaikan berat badan.


2. Lebihkan memakan buah dan sayur-sayuran
Diet secara sihat boleh jadikan buah-buahan atau sayur-sayuran bukan sahaja boleh disertai dalam satu pinggan waktu pemakanan, malah ia juga boleh dijadikan sbg snek tambahan. Makan 5 kali dalam kuantiti yg sedikit adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan. Malah 1 gelas jus buah-buahan juga dikira sbg snek diet yg menyihatkan.


3. Lebihkan protein dari bersumberkan ikan
Ikan adalah sumber protein yg mengandungi vitamin dan mineral. Ia juga mengandungi lemak omega-3 yg mana boleh membantu untuk mengelakkan penyakit jantung. Seeloknya ambillah protein yg tidak dimasak secara bergoreng kerana ia boleh mengurangkan pengambilan lemak, untuk mendapatkan diet yg sihat serta mampu menurunkan berat badan.


4. Kurangkan pengambilan lemak tepu
Lemak terbahagi kepada dua, lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu akan meningkatkan cholesterol dalam darah, yg boleh menyebabkan risiko penyakit jantung. Ia boleh didapati dari makanan seperti butter, cheese cake, cream, dan biskut. Kurangkan mengambil makanan lemak tepu, dan biasakan ambil lemak tak tepu seperti minyak sayur dan minyak ikan dalam kuantiti yg sedikit. Untuk daging, ambillah bahagian isi dan buangkan bahagian lemak yg kelihatan.


5. Kurangkan pengambilan gula
Gula adalah sumber carbohydrate ringkas yg menyumbang kepada calorie yg tinggi. Pengambilan minuman dan makanan manis akan menyebabkan berat badan mudah naik. Gula didapati melalui buah-buahan adalah lebih baik daripada gula daripada makanan kerana tubuh badan hanya perlukan kadar gula yg sedikit utk berfungsi dgn baik.

Diet yg sihat daripada pemakanan yg seimbang membantu anda untuk mencapai berat badan ideal. Pemakanan seimbang bukanlah diet yg diamalkan untuk seminggu dua, malah ia adalah komitmen untuk mengekalkan kesihatan diri sepanjang masa.


Haa gituww u all. So ini contoh pemakanan i makan for this 2 month Jan-Feb 2014.Healthy, Seimbang dan Homecook!I tak makan nasi i ganti dengan Roti penuh Gandum or pasta.With light excercise i manage to reduce 4kg! Yeahh.Alhamdulillah...so GO FORTH! Aku nak turun lagi hingga mencapai ideal weight dengan Pemakan Seimbang dan Healthy Life Style.



OH! jangan lupa supplement Nutrilite.Protien Shake dan Positrim juga membantu :)


Wednesday, July 18, 2012

Sempurnakan Puasa di Bulan Ramadhan Anda Dengan Nutrilite




Sempurnakan Puasa di Bulan Ramadhan Anda dengan Nutrilite.Tajuk ni sangat menarik.Kenapa?
 
Sebab puasa ni bukan tahan lapar dan dahaga ia satu ibadah kita.Bulan Ramadhan bukan bulan mentedarah .Bulan kita tambah pahala dan tingkatkan ibadah.Dalam masa sama kita jaga kesihatan kita.
Di bawah ini adalah hasil petua dari Diamond Direct Dr Abdul Aziz.Seorang leader yang pakar dalam   pemakanan dan kesihatan.Insyallah saya sendiri nak amalkan pemakanan yang sehat supaya buleh banyak buat amal ibadat tanpa rasa letih dan sihat bukan untuk bulan Puasa jer tapi sepanjang hayat saya.Apa-apa pun ingat! Kita ni usaha mencari kebaikan untuk tubuh badan kita tapi apa kita buat adalah kerana Allah ta'ala.Kita Usaha dan Ikhtiar tapi Allah jua menentukanNya.


Bacalah..dan cuba amalkan tips dan nasihat dari Dr Aziz.


Dan if you all nak beli product Nutrilite ni..just reply di bawah ok.




Oleh Dr Abdul Aziz Hj Kechil

Orang berpuasa kerana pelbagai alasan contohnya dari segi perubatan atau atas tuntutan agama. Bagi orang Islam, berpuasa di bulan Ramadhan setiap tahun adalah suatu kewajiban.

Penyelidikan-penyelidikan oleh saintis menunjukkan dengan jelas bahawa berpuasa atau kurang makan adalah satu amalan yang baik yang bukan sahaja mengurangkan berat badan tetapi juga meningkatkan kesihatan dan memanjangkan usia. Sebaliknya, ketika berpuasa kita sering mendengar kemunculan gejala-gejala seperti letih, lesu, pening kepala, berat badan meningkat dan mudah jatuh sakit. Mengapa semua ini berlaku? Ini berkemungkinan adalah disebabkan tabiat makan yang tidak betul ketika berpuasa.

Apakah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk memperbetulkan keadaan ini?

Pertama, kita perlu mempunyai pengetahuan tentang pemakanan supaya kita dapat memanfaatkannya ketika berpuasa.


1. Ketika berbuka puasa kelaparan seharian berpuasa akan mendorong kita makan dengan banyak.

2. Makanan yang biasa kita makan kebanyakannya adalah karbohidrat saperti nasi, mi, bihun, kuayteow, kuih-muih dan minuman yang manis. Semua ini tidak mengandungi zat, kurang berkhasiat, mengemukkan dan seterusnya membawa penyakit.

Kesemua makanan ini mempunyai kalori sahaja dan tidak memberi kita bahan nutrien yang diperlukan oleh tubuh seperti protein (asid amino perlu), lemak (asid lemak perlu), vitamin-vitamin, zat-zat galian, "unsur surih", "fitofaktor", serat dan antioksidan.


Kedua, kita perlu makan untuk mengisi perut yang kosong dan memberi keperluan nutrien untuk tubuh. Makanlah buah-buahan dahulu ketika berbuka puasa. Pengat, kuih-muih yang direbus atau dibakar dalam oven (bukan dengan api terbuka) adalah lebih baik daripada yang digoreng.
Ketika bersahur juga, eloklah memakan buah-buahan. Seterusnya, pengambilan suplemen makanan juga perlu diamalkan untuk memenuhi kekurangan nutrien untuk tubuh bagi mencapai kesihatan yang optimum. Pelbagai jenis produk Nutrilite boleh membantu anda mengisi kekurangan tersebut.



Petua amalan pemakanan untuk kesihatan yang baik:

a) Hadkan pengambilan makanan yang diproses

b) Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak atau bergoreng. Gantikan dengan makanan yang dikukus atau direbus.

c) Tambahkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

d) Makan lebih banyak daging putih seperti dada ayam dan ikan, kurangkan daging merah.

e) Kurangkan minuman manis, kopi dan minuman berkarbonat.

f) Minum lebih banyak air bersih yang ditapis dengan Sistem Rawatan Air Amway.

g) Tambahkan zat-zat makanan dengan produk Nutrilite.



Berikut adalah saranan resipi-resipi untuk berbuka puasa, selepas sembahyang terawih dan juga sahur untuk dimakan bersama produk Nutrilite.



Resipi untuk Berbuka Puasa(untuk 3 orang)

Makan sekurang-kurangnya tiga jenis buah-buahan seperti mangga, epal, pear, jambu, betik, nanas, tembikai dan lain-lain. Ini memberi pepejal dan serat untuk memenuhkan perut yang kosong. Untuk mendapatkan bahan makanan saperti asid amino, vitamin dan lain-lain, diet cecair adalah disyorkan.




Positrim in Vanilla Flavour



Protien Powde in Natural Flavour.



Lecithin E


Bio C


Daily Multivitamin

B Complex


Calcium Magnesium
 Anda boleh pilih satu daripada tiga formula yang diberi di bawah.
Formula 1


Segelas susu kacang soya (sebaiknya dibuat sendiri di rumah)


1 skup Nutrilite Protein Powder


1 biji epal hijau, nanas atau karot


*Ketiga-tiga bahan di atas boleh dikisarkan bersama


1 biji Nutrilite Daily


2 biji Nutrilite B Complex


2 biji Nutrilite Bio-C Plus


2 biji Lecithin E


1 biji Calcium Magnesium




Formula 2


Segelas air (air yang ditapis, dan bukan terus dari paip air)


1 skup Nutrilite Protein Powder


1 biji epal hijau, nanas atau karot


*Ketiga-tiga bahan di atas boleh dikisarkan bersama


1 biji Nutrilite Daily


2 biji Lecithin E


1 biji Calcium Magnesium




Formula 3


Segelas susu kacang soya (sebaiknya dibuat sendiri di rumah)


1 paket Nutrilite Positrim (perasa kopi, vanila atau coklat)


1 biji epal hijau, nanas atau karot


*Ketiga-tiga bahan di atas boleh dikisarkan bersama


1 biji Nutrilite Daily


2 biji Lecithin E


1 biji Calcium Magnesium


*Formula-formula ini adalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan bukan untuk dipek atau dijual.

Jika anda mempunyai masalah untuk menelan tablet, formula-formula di atas juga boleh dikisar semuanya. Namun, formula yang telah dikisar perlu dimakan terus selepas dikisar kerana ia tidak boleh disimpan.


Selepas sembahyang terawih

Sekiranya masih lapar selepas sembahyang terawih, makan nasi dengan lauk atau kuih-muih atau capati dengan ikan/ayam yang tidak dimasak secara goreng atau mengguna minyak. Minyak sayur memberi mudarat apatah lagi jika diguna untuk menggoreng. Kita boleh mengambil 3 biji Nutrilite Natural Fruit and Vegetable Fibre sebagai pengganti nasi agar perut kita berasa kenyang. Ini bukan sahaja amalan yang lebih baik tetapi juga menambahkan kesihatan kerana serat menghalang sembelit dan masalah kesihatan yang lain.


Sebelum tidur (lebih kurang 2 jam sebelum tidur)

Bancuh 1 skup Nutrilite Protein Powder dengan 3/4 gelas air, jus atau milo (jangan terlalu panas).

Resipi untuk Bersahur (untuk satu orang)

Formula 1


Makan seperti biasa tetapi kurangkan makanan masakan bergoreng.


Ambil suplemen produk Nutrilite seperti berikut:


1 biji Lecithin E


1 biji B-Complex


1 biji Bio C Plus


1 biji Salmon Omega-3






Formula 2


Segelas air


Nutrilite Protein Powder


1/2 paket Nutrilite Positrim (perasa kopi, vanila atau coklat)


1 biji Lecithin E


1 biji B-Complex


1 biji Bio C Plus


1 biji Salmon Omega-3




Anda juga digalakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.


Kandungan karbohidrat dalam makanan yang kita makan pada hari ini adalah tinggi contohnya nasi, mi, bihun, koayteow, roti, roti canai, roti bom dan apatah lagi sekiranya digoreng dengan minyak sayur yang mengandungi "asid lemak trans dan radikal bebas". Kesemua ini boleh menyebabkan gejala-gejala tidak sihat kepada tubuh.

Dengan amalan memakan secara berpatutan yang disyorkan di sini, semoga anda semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan memanfaatkan faedah kesihatan serta mengekalkan kecerdasan fikiran di sepanjang bulan puasa.



Selamat Berpuasa.

Monday, July 16, 2012

Fake fish oil capsules removed from shelves - Nation | The Star Online

Fake fish oil capsules removed from shelves - Nation | The Star Online


I have nothing to say...Please choose wisely choose NUTRILITE OMEGA 3 FISH OIL from AMWAY! BEST IN SCIENCE BEST IN NATURE!..


STOP BUYING PRODUCTS THAT YOU DON'T KNOW MANA DATANG,MANA PEMBUATAN dan MANA SYARIKATNYA!

Tuesday, November 1, 2011

KURANGKAN AIR ......

 Alhamdulillah..Dalam tempoh sebulan saya berjaya turun 4kg dari berat saya sebulan lalu 67kg.Malah suami saya berjaya turun 5kg.Tapi misi saya dan suami  jauh lagi.Target saya masih panjang.Saya mesti turunkan berat badan saya lagi 15kg dan suami saya lagi 8kg..Saya masih ada 5 bulan to go! YES!!

Pada bulan nih saya tingkatkan lagi senaman POWER WALK.Dari 15 minit ke 30 minit.Sekarang bulan nih saya POWER WALK everyday 45minit dan kardio 15 minit so total 1 jam workout.

So what to cut down for this month…Is my drink.heheheh yes sugary drinks.


I now dah tak bubuh gula dalam kopi . Ada setengah minuman buleh buat kita jadi gemok dan ada yg memberi khasiat dan garam mineral untuk tubuh badan.So pilihlah minuman yg terbaik untuk diri sendiri.Jangan manis sangat hah...esok esok kaki kena potong ..eiiii seramm.Well kopi ada caffeine,dan caffeine nih buleh meningkatkan metabolism.Tapi no sugar.Black O
.














 Now I dah avoid air bergula macam air dalam botol  dan air tin sebab? Ini kerana, minuman itu mengandungi gula sebanyak 5-8 sudu teh.Banyak tu!Apabila terlampau banyak gula yang
diterima oleh badan gula itu tidakl agi disimpan dalam bentuk glikogen(sumber tenaga).
Tetapi, disimpan dalam bentuk LEMAK!Jadinya LEMAK = GEMUK!
Jadi friends, hindari minuman yang tidak sihat seperti minuman 
berkarbonat dan jus dalam botol .Banyakkan meminum air putih yang telah dimasak.






 Bagi pengetahuan kengkawan air merupakan bahan yang cukup penting untuk tubuh badan.
 Ia banyak digunakan dalam

·         proses penghadaman,
·         penyerapan
·         pengangkutan zat, perkumuhan, 
·         pengawalan suhu badan dan bertindak 
·         sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.


Dalam satu hari, tubuh manusia kehilangan air lebih kurang satu perdua daripada jumlah air melalui pelbagai aktiviti.Oleh itu,disarankan untuk minum air putih antara 6-8 gelas 
sehari dan jangan tunggu sehingga betul-betul dahaga baru nak cari air.
 Sekiranya risau terlupa untuk minum air, bawalah sebotol air apabila pergi ke mana-mana.

 Sebotol air yang diletakkan ke dalam beg tangan, adakah ia berat dan 
menyusahkan ? Tak kan…


Itu sahaja untuk kali ini. Semoga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi membaca blog daripada saya.


P.S. Kalau sekali sekala
nak minum minuman berkarbonat tak salah 
pun. Tapi, buatlah perkiraan kalori 


Kalau buleh minumlah air yg ditapis bersih dari baketria dan kuman.Kerana meminum air yg bersih yg ada garam mineral adalah yg paling terbaik untuk badan kita .As for me i drink  tretment water from AMWAY WATER FILTER E-SPRING.belive me i never tasted water this good.Is worth your money and your HEALTH!


Thursday, October 27, 2011

Kenapa Harus Diet...


Apa khabar u all semua, diharapkan korang HAPPY bila baca blog saya kali ini KENAPA HARUS DIET.

Kenapa harus Happy  pulak?Sebab saya nak bagi tip percuma mengenai diet kepada you all semua.

Di sini saya nak bertanya kat you all,

Kenapa berdiet?Dalam erti kata lain apakah tujuan berdiet?

Sebenarnya selain bertujuan mengurangkan berat badan,berdiet juga amat penting untuk kesihatan tubuh badan.Tanpa diet yang seimbang, akan menyebabkan diri berisiko untuk terkena penyakit berbahaya seperti 
darah tinggi, kencing manis dan juga gout.Minta simpang penyakit semua nih kannn.

Apakah makna diet yang seimbang bagi kamu semua?

Diet yang seimbang bermaksud makanan yang diambil sama dengan jumlah tenaga 
yang digunakan. Sebagai contoh, jika setiap hari  menggunakan jumlah tenaga sebanyak 1200kJ maka makanan yang harus diambil adalah sebanyak 1200kJ juga.Atau kurangkan 300kJ daripada itu.Adalah tidak sihat jika pengambilan makanan melebihi jumlah tenaga ingin digunakan seharian.
Itu akan menyebabkan seseorang mudah mendapat Overweight  iaitu kegemukan yg tak sesuai dengan ketinggian.Kalau tak jaga pemakanan kita ,dari OVERWEIGHT buleh jadi OBESITI pula.
TUUU DIA...I love food and i do really enjoy eating nice food.This is not so healthy food  and a bad choice too .Sangat banyak calorie nih .Bukan tak buleh enjoy food buleh makan..eat small portion,share your food and kalau nak makan jenis makanan macam ni jangan selalu ok "Once in the Blue Moon" jerrr.

So please watch what you eat, eat moderately dan selalu minum air dan mesti exercise ok.A reminder for my self too.So below are some tips yg saya nak share dengan you all semua dan juga pada diri sendiri...

TIPS

  • As we grow older our metabolism rate menurun terutamanya WANITA
  • We need to increase our metabolism rate by restrict your calorie intake
  • Kalau buleh, you should also try to plan your exercise for after meals, as that's when you will get the maximum effect of burning calories, instead of having your body convert those calories into stored fat.
  • Kepelbagaian senaman will burn different amounts of calories, so plan your regular exercise routine into your calorie counting, it will give you an idea of how many pounds you can expect to lose and how quickly, so you can determine if you are on track to meet your goals.




  • As a general rule, when dieting you should focus on natural foods, they contain the things that are important to our body and health - such as fiber, whole grains, vitamins, minerals, and antioxidants (found often in fruits and vegetables). Not only are they better for us, but they also help reduce the risk of other health-related problems such as diabetes, cancer, and heart disease. Supplements helps too in giving the full amount of nutrition,get the best supplement products for yourself yg tak ada coloring,pengawet dan bahan chemical yg berlebihan.
Makanan yg seimbang yg penuh Karbohidrat,Protien,Serat dan PhytoNutrients

  • Generally speaking, try to avoid foods that have been highly processed, as they are less nutritious and healthy, but they also contain the things our body doesn't need or want - sugars, saturated fats, sodium, and preservatives.


  • A further tip is that drinking ice-cold water actually burns more calories, as your body needs to heat it up to absorb it properly, so if you have an ice water dispenser at home or at the office, fill up a glass regularly and keep it nearby.


  • Keeping a journal as you progress through your diet is a great way of tracking your progress. Keep track of everything you're eating, not only is it easier to count up the calories to make sure you're on the right path, but putting it on paper also makes you more aware of what you're eating throughout the day.



  • 
    Not a good choice of food.Please avoid these type of food.
     Try to avoid snacking, and ideally don't buy processed snack foods and keep them away around the house - it makes it easier to avoid temptation when you're looking through the cupboards for that evening snack during the TV commercial break. Cut up healthy snack foods in advance such as carrots, celery, and fruit, so that you have something good to reach for in the fridge when you need that extra bite.







Sunday, October 23, 2011

I'M OVERWEIGHT AND I'M NOT PROUD ABOUT IT.

Hahah see how short and frumpy i look.With big arm and tight."Makcik".I posed side ways so i dont look like potato .

OVERWEIGHT that's the key word! I was living with it for 2 years .Sedih! yup and i hate it..but i dont give a care about it until this month.

Let me tell you why...

I'm 34 years old (yup i never embrassed to tell my age) women,mother and wife with low metobolism due to age factor and bad lifestyle habits.I have a busy lifestyle and not eating right and malas dan benci nak bersenam and I'm overweight.OVERWEIGHT!Being fat was not  my option.I just love to eat and tak kisah pasal what is my calories intake and i HATE bersenam.I like to take thing easy way out.I used to go to slimming centre all tak JADI.

My height is 157cm and my weight is 67kg..67kg! I'm short,dark skin with pimples but no pigmentation. and i have a huge "bumper".People make fun about me.Saying things about my bumper,saying how bulat i look and how short i am.and i look like makcik.I usally smile and make jokes about it.And they think i'm ok with it.Actually I hate when they say such things..so when i'm sad i eat.Is my easy way out to cool my self down.

Sedih..bila kita overweight semua komen,semua nak tunjuk dia punya cara yg baik dan buleh pakai, bukan nya memberi inspirasi dan idea nak hidup sihat dan cara pemakanan yg betul,

Then i relize i have to end all this...i have to put a STOP.But when i said i'm on diet, all people give their so called "nasihat."Saying the diet i'm taking is not good and not suitable.They question me why i eat so little because usally i eat alot and with my body shape they know i can eat alot,no one want to share food with me because they assume i can finnish all.(i hate wasting food,amalan setan).Then again it de-motivated me .When i start to exercise..some say i have to do running for 40minits and so.Do that and this.Come on! i never excersice for 2 years and you all expected me to run for 30 minits?Just because you people have more lean body shape,please do not say things that you think can motivated me, i feel like is more insulting.Different people have different bodyshape and size.That does not mean your diet and exercise regime works on me.

Nobody motivated me..no one.So i turn to food.My only companion.Since i can cook so cooking is also part of my theraphy.Then  suddenly on  7th October ,i look in the mirror only with my undergarments .Looking me back was a ugly looking women or makcik(that is what some people called names to me) who is SAD and OVERWEIGHT.

"THAT'S IT!!!!!! I HAD ENOUGH!!THIS IS NOT WHAT I USED TO BE.I WANT  MY BODY BACK AGAIN LIKE 12 YEARS AGO!IF I CAN and USED TO BE THAT WEIGHT..I CAN NOW!!!"

I told my self.."Dont let anyone say things to hurt you..yes you do have weight issue and you must bring it down ,do it regardless what other says."

Since i got Plantar Fisitis, a pain at my lower foot.And a pain for flat foot.I cannot run so much because it will give mor impact on my knees and foot. So i must walk. First what i did was i must have a plan and stick to it.
  1. I make Jennifer Hudson and Jordin Sparks as my Inspiration.They both manage to loose weight
  2. I buy e-book from Kevin Zahri.Learn how to eat correctly with Malaysian Food and Diet and exercising according your phase.
  3. I excersice almost everyday.One hour the max.30  minits power walk and 30 minit kardio.I do on target ares such as tummy/abs and tight.But i also do other parts like for my buttocks,back and arm.Everyday i burn 200 calorie just on exercising.I know is not enough,but at least something from nothing.Adding on top of that,I do house work together with my maid and i park further and walk up to my 5th floor just to burn some calories.

  1. I watched what i eat..no McD,no junkfood,no can food,less salt and sugar and No 3in 1 Nescafe.I"m addicted to coffee so i take with no sugar and creamer .I replace rice to brown or multi grain bread.I make sure i'm taking 500-1000 calorie perday.I must eat 5 times a day 3 meals with 2 sneks in between.And i'm drinking more then 8 glasses of water and green tea.0 calorie water is wayyy much better.
  2. I'm also taking PROTIEN from NUTRILITE and meal replacement POSITRIM also from NUTRILITE.I usally mix in Protien powder and Positrim for my dinner.I keep busy to avoid myself thinking about food, at night teman anak baca buku or teman Iman practice her Piano.If lapar i drink susu Analene low fat milk .
  3. My snacks usally coffee without sugar and creamer nowdays and green apple or multi grain busciuts or plain yourgurt.
  4. I'm also taking other supplements such as DOUBLE X,CALCIUM and MAGNISUM,VIT C and GLUCOSAMINE for my week knees during excersice.These to help me to stay cergas,active and stay fit.Because everytime we excersice we dioxide so i take this anti-oxidant supplement to replace back.
Up to this date,i only loose 1 kg ,despite what i controlled, and some of friends says i still look the same fat.And saying the supplement that i take is not helping.And saying that and this to me.I still go forth!Hello!! I just started on 7th October and today is 22nd its only 15 days.BUT..i feel great and much better.I reduced few inches on my tight and waist area.

 "Optimal Health is the best health you are capable of, given your past and your genetic heritage."

This time i wont give up.With Kevin Zahri's book and guide by my side exercise right according to your capability and slowly increase the momentum,eating right with NUTRILITE supplement and meal replacment and with will power to slim down to my ideal weight according with my height and to make my self look youthfull with ARTISTRY skincare.Insyallah by 02.02.2012 i will achived my target.
And as i told you i hate exercise..but now all have change..


To stay slim and slander FOR ME is NOT JUST LOOKING GOOD AND SHOWING OFF THE SHAPELY FIGURE WITHOUT TUMMY BULGING OUT OR MUFFIN TOP while wearing Levi's Curve ID jeans.

  • IS ABOUT BEING  HEALTHTY AND  STAYING YOUTHFULL NOT JUST INSIDE BUT OUTSIDE AND SKIN DEEP.
  • I WANT TO GROW OLD GRACEFULLY..WITH LESS WRINKELS AND  A YOUNG HEART BEATING,WITH MY JOINTS MOVING ABOUT AND STILL POWER WALKING.
  • I CHALLANGE MY SELF TO BE SLENDER AGAIN NOT FOR PEOPLE THAT USED TO  INSULTING ME, BUT FOR MY SELF AND MY HEALTH.
  • USING GOOD SUPPLEMENT PRODUCTS LIKE NUTRILITE ,EXERCISING AND EATING RIGHT..INSYALLAH I CAN DO IT! WITHIN 5 MONTH FROM NOW.



Nutrilite has been in existence for 75 years and is the only company that organically grows all its own plants which are used to produce their own nutritional products for optimal health! If you're looking for weight reduced products, Nutrilite can't help you! Nutrilite researches, grows and produces its own scientifically healthy products! And its certified ORAGNIC!
 
"Exercise is not my life.....exercise makes my life better!"