Thursday, February 9, 2012

10 Years And More to Come-Our Love is Endless Part 4

So its time to balik from Pangkor..so kami tuju Kuala Lumpur.But before that we made a quick stopped kat Simpang Pulai.I nak singgah ke Kellie's Castle.Saje..katanya that Castle berhantu.Mana -mana pon ada Jin dan Syaitan kalau rumah tu dah tinggal lama.Aku bukan nak tengok hantu nak tengok Castle ni.The Castle is build from a loving husband to his wife...tapi tak sempat siap because Husband dia meninggal dunia..jadi terbengkalai lah..Sedih kan..

Well here some brief History(from Wikipedia) about the Castle..ni on the way nak balik PJ..kita singgah di sini dulu di area Simpang Pulai Alor Gajah.






Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

 
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.





Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.




Lepas dah tengok..lapar pulak so singgah makan kat Gerai ni...fuhhhhh makan depan sawah padi,makan makanan kampong eiii bestnyerrr!!..Sila sila ....ni kat area Simpang Pulai gak lah...RESTORAN HAMIZI SELERA UTARA


Pilihan makanan kami,ikan bakar ngan ayaq asam,rebung masak kuning..



Look at this..padi field infront of our meja.Restoran ni berkonsepkan makanan kampung depan padi sawah padi.

Then ptg kita carik pulak goreng pisang/cempedak goeng panas ..again roadside stall.



Check this out! ZOMBIE KAMPUNG PISANG.......hahahah



 If you all dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, you all perlu keluar di Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.But we are from Lumut...jadi we all lalu jugak jalan ni.So after makan..,terus we all balik KL/PJ .Tak sabar nak jumpa our children.Rindu sangat!...









No comments:

Post a Comment