Sunday, February 16, 2014

Jom Kurus dan sihat!


You all...aku nak diet!! Jenuhhh nak menguruskan berat badan yg terlampau ni.Tapi aku never give up! Kalau tengok post-post aku dari dulu asyikk nak kurus jer,tapi berat tak turun gak.

So ada kawan ni suggest Makan Seimbang...So apa tu ek makan seimbang?Err selama aku cuba diet ni tak seimbang ke? Makanan yg kita makan kena kurang lemak,garam dan gula.Bukan tak buleh tapi dalam kadar yg sedikit.


Makanan yg seimbang sgt penting dalam memastikan kesihatan yg sihat. Diet yg terbaik adalah datangnya daripada pemakanan yg seimbang. Sungguhpun begitu, pengambilan calorie haruslah berdasarkan betapa aktifnya anda dalah kehidupan seharian. Pengambilan calorie haruslah seimbang dengan tenaga yg digunakan. Bagaimana ingin mengetahui apakah pengambilan calorie cukup atau terlebih, terlebih dahulu kena mengetahui keperluan calorie seharian. Sungguhpun pengambilan calorie tidak melebihi keperluan calorie seharian, anda perlu pastikan segala calorie daripada pemakanan haruslah seimbang untuk tubuh badan menerima segala nutrisi yg diperlukan.

Diet secara sihat adalah daripada makanan yg seimbang, termasuklah:

1. Pengambilan Carbohydrate
Carbohydrate terdiri daripada sumber makanan berkanji, seperti nasi, kentang, bijiran, dan roti. Sumber carbohydrate yg baik adalah digabungkan sekali dengan bijiran. Hal ini kerana ia mengandungi serat di mana akan menjadikan anda kenyang lebih lama. Makanan carbohydrate ini seeloknya diambil segenggam tangan, kerana jika terlebih juga akan menyumbang kepada kenaikan berat badan.


2. Lebihkan memakan buah dan sayur-sayuran
Diet secara sihat boleh jadikan buah-buahan atau sayur-sayuran bukan sahaja boleh disertai dalam satu pinggan waktu pemakanan, malah ia juga boleh dijadikan sbg snek tambahan. Makan 5 kali dalam kuantiti yg sedikit adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan. Malah 1 gelas jus buah-buahan juga dikira sbg snek diet yg menyihatkan.


3. Lebihkan protein dari bersumberkan ikan
Ikan adalah sumber protein yg mengandungi vitamin dan mineral. Ia juga mengandungi lemak omega-3 yg mana boleh membantu untuk mengelakkan penyakit jantung. Seeloknya ambillah protein yg tidak dimasak secara bergoreng kerana ia boleh mengurangkan pengambilan lemak, untuk mendapatkan diet yg sihat serta mampu menurunkan berat badan.


4. Kurangkan pengambilan lemak tepu
Lemak terbahagi kepada dua, lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu akan meningkatkan cholesterol dalam darah, yg boleh menyebabkan risiko penyakit jantung. Ia boleh didapati dari makanan seperti butter, cheese cake, cream, dan biskut. Kurangkan mengambil makanan lemak tepu, dan biasakan ambil lemak tak tepu seperti minyak sayur dan minyak ikan dalam kuantiti yg sedikit. Untuk daging, ambillah bahagian isi dan buangkan bahagian lemak yg kelihatan.


5. Kurangkan pengambilan gula
Gula adalah sumber carbohydrate ringkas yg menyumbang kepada calorie yg tinggi. Pengambilan minuman dan makanan manis akan menyebabkan berat badan mudah naik. Gula didapati melalui buah-buahan adalah lebih baik daripada gula daripada makanan kerana tubuh badan hanya perlukan kadar gula yg sedikit utk berfungsi dgn baik.

Diet yg sihat daripada pemakanan yg seimbang membantu anda untuk mencapai berat badan ideal. Pemakanan seimbang bukanlah diet yg diamalkan untuk seminggu dua, malah ia adalah komitmen untuk mengekalkan kesihatan diri sepanjang masa.


Haa gituww u all. So ini contoh pemakanan i makan for this 2 month Jan-Feb 2014.Healthy, Seimbang dan Homecook!I tak makan nasi i ganti dengan Roti penuh Gandum or pasta.With light excercise i manage to reduce 4kg! Yeahh.Alhamdulillah...so GO FORTH! Aku nak turun lagi hingga mencapai ideal weight dengan Pemakan Seimbang dan Healthy Life Style.



OH! jangan lupa supplement Nutrilite.Protien Shake dan Positrim juga membantu :)


2 comments: