Semalam malam Nisfu Sya’aban,15 Sya’aban 1433Hijrah atau tarikh Roman 4/7/2012 .Ada bacaan Yassin di Masjid Tun Abdul Aziz also known as Masjid Bulat sebab memang rekaan struktur bangunan ni bulat.Masjid ni dah 35 tahun teguh berdiri di kawasan Seksyen 14 Petaling Jaya nih.
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Semalam ada Ustaz ni bagi ceramah, dia mengatakan 3 bulan utama Rejab,Sya’aban dan Ramadhan adalah bulan yg paling penting dalam kehidupan sebagai orang Islam.Lembut jer ceramahnya tapi padat.Dia mengatakan buatlah Ibadah sebanyak yg mungkin dalam bulan Sya'aban ni.Banyak minta ampun...dan bulan Ramadhan yg bakal menjelma ni banyakkan menyucikan hati.Banyakkan Puasa sunat, ambil offer yg Allah berikan.Pahala Allah berikan sangat berganda pada bulan bulan ni, Rejab, Sya'aban dan Ramadhan.
Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Secara ringkas Masjid ini dinamakan Masjid Tun Abdul Aziz sebagai menghormati dan menghargai jasa-jasa Allahyarham Tun Abdul Aziz, seorang tokoh dan anak watan Selangor kepada negeri Selangor dan negara.Allahyarham Tun Abdul Aziz adalah Menteri Besar Selangor pada tahun 1954, wakil raja-raja Melayu dalam rombongan Merdeka ke London (1956) dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan pusat sebelum berkhidmat sebagai Gabenor negeri Melaka (1971-1975).
Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada 25hb Februari 1977.
Bulan April yg lalu Masjid ni buat Hari terbuka sempena 35 tahun.Alhamdulillah ramai yg hadir.Ada diantara kawan aku bukak kedai jualan pada hari tu.Tujuannya menarik yg bukan Islam datang dan melihat sendiri Masjid komuniti mereka.Islam terbuka pada semua.Masjid ni nak tunjuk kita masyarakat Islam bukan pengganas,bukan extremist dan bukan agama "Rigid".
Sham dari Kumpulan Kamikaze sedang memberi ceramaha tentang bagaimana Allah turunkan Hidayah pada dirinya. |
Jualan Baju Preloved Forever dari my best friend Miera,Chek out her blog Love Equal Us |
Jualan Baju kanak-kanak Liz Othman dan Beg dari Sweet Handcraft.Liz Otman bersama anaknya Tasha juga turut hadir.She's..our family friend.Check out her Blog Liz othman |
Terdapat Booth untuk Koperasi Masjid dan Tabung Khairat Kematian..tu abang aku heheh. |
Penyayi Nora turut hadir menjayakan Majlis Masjid Terbuka ini dengan bercerita dengan kanak-kanak, dia tak nyanyi ok…yg lain tu our neighbourhood cake specialist Kak Norrizan Baker pon buka booth jualan menarik sangat..kek dia pon sedap tau.Semua decoration kek tu Kak Norrizan buat tau..kelass.
My daughter and her best friend. |
Akhir sekali..Sempena bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban,penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
No comments:
Post a Comment