Monday, July 23, 2012

Solat Tasbih dan Tazkirah bersama Dato' Dr Fatima Zahra

My Idol..Ustazah Dr Fatima Zahra.Alhamdulillah kami dipertemukan pada 2hb Ramadhan 1433.
 Assalamualaikum semua....

Macam mana puasa?Ibadah? ok? Alhamulillah.Aku ? thanks kerana tanya ...Aku ok jerr.Alhamdulillah sakit perut dah berkurangan..jaga makan lah babe/bro.Hehehhe.Niat nak puasa dengan sempurna aku minta doa dengan Allah agar cepatlah sembuh sakit hamba mu ni.

 Pada 2 Ramadhan 1433 bersamaan hari Ahad ,aku ,Kak Mas dan Mak  telah dijemput oleh kawan Mak aku untuk mengadakan Solat Sunat Tasbih dan Tazkirah dirumah kawan Mak aku di Sec 14(terima kasih Aunty Maharanee).Solat Sunat Tasbih dan Zohor yang akan di Imamkan oleh Datuk Dr. Fatimah Al-Zahra  xpenah jumpe secara live dgn ustazah ni.. selalu tgk kat tv je.. teringin sangat nak dengar ceramah dia live up close and personal.Doa aku termakbul,malah aku dapat solat jemaah dan diImam oleh nyer.Function ni are all women dan tertutup.Just among my mom's friends and our neighbours.

Bila sampai,kelibat Ustazah Dr Fatima Zahra belum nampak..dia belum sampai.So kami pon baca Quran dulu.Mak aku nak check bacaan aku ..Gulp! heheh alhamdulillah mak aku kata aku ada improve sikit.Kena banyak lagi improve on my Tajwid dan kena selalu baca Quran..thanks Mak.
Tepat pukul 1pm Ustazah pon tiba...Subahannallah terujanya aku.Tak sangka aku dapat salam juga Ustazah.She is super humble lemah lembut kata katanya.Seorang Ustazah yang cerdik dalam Ilmuan Islam terutamanya dalam hal-hal wanita..Bila dia tiba semua dah prepare nak solat. But fisrt dia Tazkirah dulu,then dia suggest kita semua solat Zohor then dia bagi penerangan macam mana nak buat solat Sunat Tasbih serta fadhilatnya.Ustazah ni tak garang tapi tegas dan lemah lembut bicaranya, awal2 dia dh sound.. sila matikan handphone. Sebab kita nak solat kena kusyuk.Aku nak share sedikit pengisisn yg dia beri dan aku rase menarik utk kita sesama amalkan..



TAZKIRAH RAMADHAN Dari DATO' DR FATIMAH ZAHRA
So sini aku akan share some of important notes of her Tazkirah.Ini apa yg aku sempat catit dan dari pemahaman aku.

Ya, bulan Ramadhan datang setahun sekali.Bila munculnya bulan Ramadhan semua orang teruja.Tapi apabila kita puasa..kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi kita kena puasa dengan niat.Malah hati kena puasa.


  • Bila kita berpuasa kita haruslah
1. Bersangka baik
2. Memaafkan orang.Bebas kan hati .Jangan simpan dendam towards your family,neighbours and friends
Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
3. Solat penuh 5 waktu dengan kusyuk
4. Bersedekah-Syahrul Ramadhan
5. Buang perasaan dengki dan marah don’t loose your temper
6. Bersabar


  • Tanya balik pada diri kita sendiri, tak usah sebok hal orang lain.Tanya..
"HOW IS MY FASTING?"
Is my eyes puasa?my heart and soul puasa?
And dont waste time on benda yang remeh dan ntah apa-apa.Focus pada ibadah kita.Macam buat solat Dhuha..cuba.Memang agar sukar kalau kita yang kerja ni.But cuba,pasang niat.
  • Anggaplah Ramadhan ni Madrasah dalam diri kita untuk perbaiki diri kita,macam kita masuk Hospital .Kita masuk wad ICU untuk selamatkan nyawa..kita masuk Madrasah wad  ICI-" INTENSIVE CARE OF IBADAH"untuk rajin bersolat Sunat Terawikh kita-:
1. Ubatkan jiwa kita adalah Qiamullai,Solat Tajhud dan baca Alquran
2. Makanan-Bersahur kerana Allah Ta'ala.Dan Sahur 1-1/2 sebelum subuh.Sahur dalam bahasa Arab maksudnya bangun awal 1-1/2 jam sebelum waktu imsak.Makan pukul 1-3 pagi bukan Sahur…tu Supper
3. Berbuka pon tak buleh lengah Baca Subahannallah&Istighfar sebelum nak berbuka.(Jangan dok citer apa lauk kita masak dan tukar resepi.)
4. Makanan jiwa beristighfar 70x sebelum subuh.
5. Baca quran waktu Fajar dan juga doa harian


  • Ambil peluang pada bulan ni berTAUBAT.Ingat tiada umat lain selain Umat Nabi Muhammad S.A.W yang Allah berikan pada kita semua dimana Bulan Ramadhan ni sangat istemewa untuk kita berTaubat
  • Doa dalam bulan puasa sangat Mustajab so rajin-rajin berdoa.Doa yg paling di makbulkan adalah doa
1. Orang yg teraniaya
2. Orang Bermusafir
3. Doa seorang ibu kepada anaknya


Dan doa yg baik-baik doa suami pada isteri dan isteri pada suami.Dan kalau semua dah Doa..Jangan lupa doa pada ALLAH DAPATKAN MALAM LAILATURQADAR


Ustazah Dr Fatimah Zahra juga menyentuh pasal Solat Sunat Terawikh,kita sebagai perempuan buleh juga pergi ke surau/masjid untuk menunaikan Solat Sunat Terawikh,sama juga pahalanya kita buat di rumah.Kalau dirumah kita lebih kusyuk dan relax sikit.Timing ikut kesesuain kita.Tapi ada kala di surau/masjid tak berapa nak kusyuk,kekadang budak lari sana sini, budak bising,dan imam terlalu cepat atau terlalu slow.So kalau rasa senang buat kat rumah..ok juga.Elok cari kawan buat jemaah sekali.Pahala berganda.Buat dengan anak perempuan kita pon buleh.Dengan maid kita pon buleh,ngan kawan pon buleh.


Kalau di surau/masjid jaga adab kita.Dont be rude to Imam dan Jemaah.Why rude?
Ok..contoh Surau buat 20rakaat,tapi kita buat 8 jer,lepas tu balik.Alasan jenuh la, lama sangat la,penat la, nak masak kueh la.So mana niat kita Solat Sunat Terawikh kerana Allah?
So rude lah pada Imam dan jemaah,kita nak adjust balik Saf dan ganggu jemaah yg lain.Imam dah niat 20rakaat untuk jemaahnya.Kalau nak buat 8 rakaat,pergi cari surau/masjid yang lain tak pon buat sendiri.Hmm macam ni la..perumpamaannya, kita dijemput dan masuk rumah kawan.Kawan kita ajak makan bersma.Makan 3 suap,kita dah kata kenyang dan kita minta diri dulu dengan gesa.Kawan kita dah masak, prepare dengan susah payah dan ikhlas untuk kita..tunggu lah kejap.Hormat lah dia,seperti mana dia hormat kita sebagai tetamu.
Macam tu juga kita di rumah Allah.Hormat Imam, hormat jemaah jangan penting diri sendiri.

 
Lastly..berhiaslah rumah dengan Solat dan Bacaan Quran.Solat kat umah toksah nak gesa..buat dengan kusyuk.Bacaan ayat dalam solat bagi betul,even surah lazim dan yang mudah.Tulah pesanan dari Ustazah Dato’Dr Fatimah Zahra.Ini adalah catatan aku,pesanannya akan aku amalkan Insyallah dan aku nak kongsi pada semua yang baca blog aku ni.


FADHILAT DAN SOLAT SUNAT TASBIH

Ini adalah Fadilat Solat Sunat Tasbih dan caranya.Aku first time melaksanakannya berImamkan Ustazah Fatimah Zahrah dan solatberjemaah  bersama mak,kak mas dan rakan mak aku dan our neighbours yg lain.All Ladies..affair tau.Doa lepas solat dari Ustazah Dr Fatimah Zahrah sangat menginsafkan dan sangat ikhlas dari hatinya..

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari.
Ustazah Fatimah Zahra kata, kita kena sabar bila mengerjakan Solat Sunat Tasbih ni kerana bacaan tasbinya 300x


Niat Solat Tasbih

أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur

2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr

3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun

4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
Bacaan tasbih itu ialah :
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"
 Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih

Jadi jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.


 Fadhilat atau kelebihan Solat Tasbih ni adalah 300 tasbih dibaca masa solat dan ia semacam kunci untuk kita mendekati dengan Allah dan meminta Allah ampunkan 10 Dosa-Dosa Besar kita,Dosa yang lama atau yg baru,Dosa yang ilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja dan Dosa yg tersembunyi atau terang,..Masyallah., Fiqh Sunnah Rasullah.

Inilah yang dapat di kongsi sama2 dengan semua yang menjengah ke blog ni.. moga2 kita sama2 dapat manfaat dari majlis Ilmu dan Solat Sunat Tasbih yg aku pergi pada hari Ahad semalam.Lagi banyak kita belajar, makin rasanya kerdil diri ni kan.. lagi banyak rupanya ilmu yg kita tak tahu.. moga2 kita semua di kalangan org2 yg dirahmati-Nya Insyallah.. :)








1 comment:

  1. Assalamualaikum (: saya baca post saudari ttg ustazah fatima az zahra dan saya berminat utk jemput beliau bg ceramah. Saudari ada x no contact beliau /pa yang saya boleh hubungi? (:

    ReplyDelete