Showing posts with label MY NEIGHBOURHOOD. Show all posts
Showing posts with label MY NEIGHBOURHOOD. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

No Short Cut To Heaven-By Sheikh Yahya Adel Ibrahim


Malam Selasa semalam ,aku pergi ceramah Masjid Bulat,Masjid tun Abdul Aziz .Penceramah Ustaz/Pendakwah,tapi bukan local,he is Bro. Yahya Adel Ibrahim.He memorized the Quran at an early age of 17. Graduated from the University of Toronto,Canada at present, he is a regular lecturer to Muslim and non-Muslim audiences throughout the world. He is currently based in Perth, where he works as a religious advisor and senior staff member of the Australian Islamic College. He currently lectures twice a year in New Zealand, USA and Canada respectively. He has lectured in just about every US state, Canada , the United Kingdom, New Zealand and Australia . Being proficient in Arabic and English, he has had the honour of translating on numerous occasions, the works of the two imams of Masjidil-Haram, Sheikh Sudais and Sheikh Shuraim as well as the Imam of Masjid an-Nabawi, Sheikh Hussein al-Sheikh.

Well ceramah malam ni bertajuk "NO SHORTCUT TO HEAVEN".Tajuk pun kita dah tahu kan...Tiada Jalan Pintas Ke Syurga.Cara beliau memberi ceramah dengan nada bersahaja,dengan tafsiran Alquran dan mudah difahami.Sepanjang ceramah yg dibicarakan semuanya dalam English jadi ramai yang hadir adalah golongan Muaalaf , pelajar UM dan UAI dan local neihgbourhood.

Apa yg aku faham dalam ceramah yg Beliau sampaikan malam ini adalah,untuk menuju jalan Syurga kita harus melalui"SIRATULLMUSTAQIM" jalan yg lurus .Tiada jalan pintas, no shortcut okey.Kita kena usaha untuk melauinya dengan mudah tapi apa caranya?
  1. Semuanya kena bermula dengan Ibadah kita,Keimanan, keihkhlasan kita and our kindness.
  2. Tapi,untuk mencapai semua tu kita perlu ada Ilmu,seperti ayat Iqraq...menyuruh kita baca.Tapi bukan baca buta tuli,membaca Al-quran dengan faham maksudnya,baca supaya orang lain faham dan mendengar  darinya.Dan bila mendengar kita perlu fikir apakah yg tersurat dan tersirat dalam  ayat-ayat Al Quran.
  3. Bila dah faham baru di praktikan Sunnah dan Al-quran dalam kehidupan seharian kita.Bukan mudah,ye dengan selalu buat Dosa bagai.Tapi tu lah..bila kita dah faham Islam dan Fiqah nya,kita akan cuba menjadi hamba Allah yg terbaik.Selalu beristighfar,meminta ampun,buat solat 5 waktu dan dll berkaitan dengan ibadah dan ke Imanan.
  4. Sebab tu dalam Islam ditekan kan ILMU..sangat penting.Tak tahu tanya, jangan bodoh sombong tentang hal agama.Kerana kalau bodoh sombong camna kita nak menuju ke jalan Syurga kelak?"THE CURE TO IGNORANCE IS TO ASK".So please ask if you are not sure of anything.Tanya Ustaz atau Ustazah yg betul ajaran Islamnya.Jangan tanya aku lah hahah sebab aku pon masih belajar dan masih tanya pada para Alim Ulamak Agama.Aku juga masih tercari -cari Ilmu agama.
  5. So..bila semua ajaran agama  dan sunnah kita amalakan,ibadah kita semua sempurna, iman kita cantik, kita pon meninggal.Di akhirat kelak,Allah akan tanya ,amalan semua ok..tapi hubungan kita dengan tersayang bagaimana?Adakah kita kasih,kind to our wife/husband,parents,children and granchildren?BFF kita? Friends kita?Neighbours kita?Kalau hubungan kita tak baik sesama manusia lebih -lebih lagi pada yg paling rapat dengan kita hmmm agak sukar lah kita nak menuju ke Syurga dengan mudah.
  6. Jadi kita ni kena wholesome..semua kena gayanya.Amalan kita,Ibadah,Ilmu,Rukun Islam dan Iman semua cukup.Dan paling penting hubungan kita sesama manusia kena jaga.Kind to our neighbours,friends,work friends.Paling utama treat your women/man well.Treat our Parents kind,love and respect.The path to Jannah is thru your wife/husband and parents.Kasih dan cinta serta hormat lah mereka ini.
  7. Sebab semua ni bekalan kita esok kelak bila Allah tanya.Untuk melalui titian SIRATULMISTAQIM,kalau semua lulus mudah lah perjalanan kita ke Jannah.Tapi kalau ada sangkut camna yer? Fikir-fikirlah yer.


Sunday, July 8, 2012

SUKAN SEKOLAH SRI PETALING PJ,JULY 2012


     Macam biasa, setiap hari sukan aku mesti bagi support kat sekolah anak aku,Sekolah Sri Petaling,Petaling Jaya.Sekolah ni sekolah aku dulu gak.Sekolah ni istemewa bagi aku,sebab sekolah ni juga adalah sekolah pertama aku.Ada sentimental value juga lahh. On the 7th July,semalam Sabtu,hari sukan Iman.I datang bagi support pada Iman



Tuu dia Rumah Hijau..Rumah Sukan Iman
 Tapi aku tak lah suka bersukan sangat.Aku suka masuk aktiviti berUniform.Ntah kenapa..suka kot.Heheh sampai aku di UiTM pon aku masuk berUniform.
   .Tak sangka anak sulong i ni minat bersukan rupanya.Kuat juga dia lari.Dia masuk 4x50 lari batonTapi sayang dapat tempat ke-4..adoiii.Cuba lagi tahun depan ya!Anak Hanim pula masuk sukaneka.






Sukanneka...Lari Kingkong??



Siap Sedia Semua!!



Kat situ i met my old friends..amazing anak mereka pon masuk SSP.Best jugak.I just love sports day.


Proud Mom!


SEKOLAH SRI PETALING
HIDUP BERJASA

ALWAYS AND FOREVER!BATCH 1989


Thursday, July 5, 2012

Nisfu Syaaban 1433/2012 di Masjidku

Sajer nak citer , lama tak tulis.Alasan hmm biasalah busy.Tapi tak pernah lupa pada blog I ni.Kira Blog ni adalah bahan wacana nak dikongsi bersama semua sahabat alam maya.Cerita yg baik, interesting dan luahan rasa .


Semalam malam Nisfu Sya’aban,15 Sya’aban 1433Hijrah atau tarikh Roman 4/7/2012 .Ada bacaan Yassin di Masjid Tun Abdul Aziz also known as Masjid Bulat sebab memang rekaan struktur bangunan ni bulat.Masjid ni dah 35 tahun teguh berdiri di kawasan Seksyen 14 Petaling Jaya nih.

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Semalam ada Ustaz ni bagi ceramah, dia mengatakan 3 bulan utama Rejab,Sya’aban dan Ramadhan adalah bulan yg paling penting dalam kehidupan sebagai orang Islam.Lembut jer ceramahnya tapi padat.Dia mengatakan buatlah Ibadah sebanyak yg mungkin dalam bulan Sya'aban ni.Banyak minta ampun...dan bulan Ramadhan yg bakal menjelma ni banyakkan menyucikan hati.Banyakkan Puasa sunat, ambil offer yg Allah berikan.Pahala Allah berikan sangat berganda pada bulan bulan ni, Rejab, Sya'aban dan Ramadhan.

Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



Secara ringkas Masjid ini dinamakan Masjid Tun Abdul Aziz sebagai menghormati dan menghargai jasa-jasa Allahyarham Tun Abdul Aziz, seorang tokoh dan anak watan Selangor kepada negeri Selangor dan negara.Allahyarham Tun Abdul Aziz adalah Menteri Besar Selangor pada tahun 1954, wakil raja-raja Melayu dalam rombongan Merdeka ke London (1956) dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan pusat sebelum berkhidmat sebagai Gabenor negeri Melaka (1971-1975).
Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada 25hb Februari 1977.

Bulan April yg lalu Masjid ni buat Hari terbuka sempena 35 tahun.Alhamdulillah ramai yg hadir.Ada diantara kawan aku bukak kedai jualan pada hari tu.Tujuannya menarik yg bukan Islam datang dan melihat sendiri Masjid komuniti mereka.Islam terbuka pada semua.Masjid ni nak tunjuk kita masyarakat Islam bukan pengganas,bukan extremist dan bukan agama "Rigid".
Sham dari Kumpulan Kamikaze sedang memberi ceramaha tentang bagaimana Allah turunkan Hidayah pada dirinya.
Anyway, Masjid bulat ni banyak aktiviti dilaksanakan, seronok dengan Masjid ni.Dengan ceramah,dengan Hari terbuka,dengan aktiviti-aktiviti ke-Islaman.

Jualan Baju Preloved Forever dari my best friend Miera,Chek out her blog Love Equal Us


Jualan Baju kanak-kanak Liz Othman dan Beg dari Sweet Handcraft.Liz Otman bersama anaknya Tasha juga turut hadir.She's..our family friend.Check out her Blog Liz othman

 

Terdapat Booth untuk Koperasi Masjid dan Tabung Khairat Kematian..tu abang aku heheh.

Penyayi Nora turut hadir menjayakan Majlis Masjid Terbuka ini dengan bercerita dengan kanak-kanak, dia tak nyanyi ok…yg lain tu our neighbourhood cake specialist Kak Norrizan Baker pon buka booth jualan menarik sangat..kek dia pon sedap tau.Semua decoration kek tu Kak Norrizan buat tau..kelass.

My daughter and her best friend.
So basicly this is my Masjid, our section 14 Petaling Jaya Masjid....our friendly Masjid.I love this Masjid, i grew up with it, aku mengaji disini.Dan hati aku terlekat pada Masjid Bulat ini, dan paling best Masjid ni sebaya dengan aku.Rumah Allah, dekatinya,solat dalam nya, beribadah bersama dan jaganya.Now my children pergi ke sekolah KAFA disini, dan mula mendekati rumah Allah ini dihatinya,semoga jiwa dan hati tidak jauh dengan Masjid ini dan masjid mana-mana pon.Aminnn.Semua Masjid Rumah Allah.Tapi Masjid Bulat ni amat sangat dekat dihati aku.



Akhir sekali..Sempena bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban,penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.