Sunday, May 27, 2012

Bulan Mei Yang Meriah dan Insaf.

Salam bulan Mei,maaf kerana lama tak update.Bukan apa aku sangat sebok dari bulan Mei ini sampai puasa lah kelak Insyallah.Sebok ngan kerja lah,campur dengan tanggungjawab dengan suami,mak aku dan anak anak..aduhhh tak menang tangan dibuatnya. Bulan ni Istimewa sebab bulan ni hari jadi Suami aku dan Mak aku.Tak lupa juga harijadi sahabat aku Farisa. Bulan ni penuh keceriaan.Hari Ibu,Hari kebajikan dan Bulan Rejab jatuh pada bulan ini.Dan yg penting bulan Mei dan June ni aku sangat sebok penoh dengan agenda keluarga.Aku tersedar,ya aku sedar yang aku ni jarang sama sekali menghabiskan masa bersama keluarga dan orang yg memerlukan. Bulan ni yg paling aku tunggu bukan Hari ibu, ya walaupun penting tapi ia harus di lakukan selalu bukan?Jangan tunggu hari ibu sahaja tau. Ini adalah acara tahunan,HARI KEBAJIKAN,acara ni bukan selalu aku buat.Tapi bila ada peluang aku pasti nak pergi.Untuk tahun 2012 Program Kebajikan yg dianjurkan oleh Majikan aku kali ini di SCAS&FT-Spastic Children Association of Selangor & Federal territory.Di sini aku sedar bahawa Allah Maha kuasa dan Maha Penyayang.Aku bersyukur sangat apa yg aku miliki.Baru aku sedar bahawa aku ni taklah sesusah mana pon alhamdulillah sangat apa yang ada dan kita yang cukup sifat dan segalanya Allah berikan, harus membantu pada orang yang kurang upaya,fakir miskin,anak yatim dan orang tua.Tidak kira lah dari segi tenaga atau wang ringgit.Kalau nak bagi wang ringgit yg pasti tangan kanan yg memberi tu jangan sampai tangan kiri dapat tahu.Ikhlas jangan disebut tapi niat di hati.Di pusat SCAS&FT ni aku cat pagar .Ada diantara kami yg buat mural,bersihkan halaman dan beri goodies pack pada kanak-kanak disini..best jugak, penat tapi seronok.Kemudian kami bermesra bersama kanak-kanak spastic dan staff disini.Best..kanak-kanak spastic ni terdiri dari berbagai bangsa.Semangat mereka kental,walau terencat akal tapi mereka punya jiwa,punya perasaan.Aku tengok mereka ini sangat tabah mengharungi kehidupan mereka seharian.Malah aku kagum dengan ibu bapa atau penjaga mereka yang tak pernah kenal erti putus harapan.Sentiasa memberi semangat dan setia bersama anak mereka.Menitis air mata aku tengok..aku tabik pada parents semua yg ada ada anak Spastic nih. Disini aku sertakan gambar member ofis aku,Boss aku dan promoter aku yg sporting yg turut menjayakan Hari kebajikan ini..

Sunday, May 20, 2012

Jom Cuti!Bawak anak..jom :P

Siapa tak suka pergi cuti...aku pon suka.Tapi bila bawak anak..hmmm .Suka tapi penat.Sebab anak aku ni banyak kerenah sangat nakal dan degil.Tak begitu aktif suka memerap kat bilik.Ajak jalan jer,malas.Nak lepak jer.

Anyway..that's my kids.They just love to lepak kat pool,bilik and enjoy makan.Wahh..enjoy betul.Jalan sikit merungut penat lah..panas lah.Hmm princess betullll.Hahahahh ponek mak oiii.



Raya Cina pon..kita jalan-jalan








So here some memories i shared with them.Tak jalan jauh pon..Cuti-Cuti Malaysia jerrr.Tapi janji ENJOY kannn.









With thier cousin Hafiz..



Ok jom balik...


Sunday, May 13, 2012

Mak...Ampunkan Su.-Selamat Hari Emak

Mak,Selamat Hari Emak/Happy Mothers Day.Mak..tetiba su masih ingat lagi masa su kecik mak bawak Su balik Kampung.Kampung Mak kat Kampung Binjai, Jitra Kedah. Kat kampung.Rumah Tok dan Wan besar tapi kipas siling tak  de.Kipas meja pulak limited,bila malam malam mak kipas kan su bagi su tak panas.Mak ngantuk tapi mak buat juga.Mak layan kerenah su masa kecik.Journey nak balik  Jitra jauh sangat.Mana ada Plus Higway.Su pulak bayi cerewet..Mak sabar sungguh dengan perangai temper Su kan.Bila dah besar lain pulak perangai..lagi menjadi-jadi.Maaf yer mak.Biasalah remaja.
Tapi Mak,su sentiasa ingat jasa Mak dulu kini dan selamanya.Mak ampunkan su mak..su selalu marah mak,selalu buat mak sedih,su degil ,su tak dengar cakap mak.Tapi mak dari sudut hati su, mak is the best.Su sayang mak,tapi su jarang tunjuk..kang kata Poyo pulak.Tapi mak,mak jangan bimbang su sentiasa doakan mak dan Babah.Mak su sayang mak..ampunkan dosa dan kesalahan su ya mak.
Mak...Hari-Hari Happy Mothers Day Mak.
Kalau Mak dah takda..gelaplah hidup su mak..




Friday, April 27, 2012

Berakhirnya Musim Bunga Kaseh April & Bermulanya Sinar Ceria May

Ya Allah,cepatnya bulan berlalu,musim bunga pun dah nak hampir selesai nak masuk musim panas pula.Hmm kalau dia Malaysia tak ada lah 4 musim.Panas dan lembab sepanjang tahun tak pun musim hujan dan kemarau.Hmm target 2012 pon masih belum capai lagi..takpa aku masih ada 8 bulan lagi to go Yes I must I will. April Kaseh..ya ini bukan tajuk slot Drama Tv3 ya, ini slot Drama dalam diriku jua.Banyak berlaku pada bulan April ini.Dengan Kisah Bibik aku cuti Sebulan balik kampungnya di Banyuwangi. Al-kisah Tragedi Buah Mangga dan Al -kisah Bulan Bayar Cukai LHDN.Hahah banyak kisah..yer.Tapi setipa kisah ada pengajarannya dan membuat aku lebih matang menghadapinya. < <
b>Kisah pertama: Bibik aku Cuti Sebulan Seperti biasa bibik aku Kak Sumiyati every 2 tahun dia mesti balik kampong,tiket penerbangan pergi balik majikan tanggung.Untung nya heheh.Gaji pon naik! hahah best.Tapi tulah "perks" menjadi pekerja pembantu rumah.Macam kita yg kerja ni lah setiap syarikat ada "perks" atau keistemewaan nya lah kan.Ada dapat allowence,medical tanggung dan sebagainya.Bagi pembantu rumah ini jer mereka dapat.Tapi itu rezeki dia..gaji pon murah.Kita sebagai majikan tak leh berkira sangat pon.Kak Sumi dah 7 tahun kerja ngan aku,insyallah tambah lagi 3 tahun lepas cuti nih.Syukur Alhamdulillah dia nak kerja.Sekarang pon susah nak cari pekerja pembantu rumah. Jadi selama sebulan nih ...macam macam aku buat dari mencuci rumah,melipat dan gosok kain baju,menjaga anak dan memasak semua aku buat ditambah ngan aku ni working mom hahahha sungguh mencabar.Tapi! ia mengajar aku bersyukur.Ada diantara rakan dan sahabat handai aku tak da bibik langsung anak lebih ramai dari aku tapi mampu melakukanya tanpa jemu dan mengeluh..Masyallah hebat sungguh wanita dan ibu bekerja ini. Moralnya:Ini membuat aku sentiasa beringat aku nih tak susah sangat..kejap jer sebulan..ada yg bertahun tahun .Tabik kaw kaw ala Spring pada working mothers juggle career dan home sekali.Regardless working from home ker,office ker janji bekerja cekal dan sabar menguruskan rumahtanga dan anak-anak
Kisah kedua: Tragedi Buah Mangga
Aha! pernah tengok tak buah mangga? Mestilah semua orang tahu kan, mak aku ada 2-3 pokok buah mangga.Macam macam jenis.Buah mangga nih sedap dimakan..tapi ada kala buah tu nampak jer elok kat luar tapi bila dikupas umaaa aii!! berulat didalam hmmm kalau rasa manih takpa gak nih masam eiii.Mak aku tanam pokok mangga dari benih lagi ada yg dituai dari biji,tanam punya tanam baja, siram ,belek bunga ,sampai pokok tu besar dan buahkan hasil.Kita carilah baka yg elok kan.Mangga India,Harummanis ke atau Siam ataupun Kuinin ka..semua baka elok.Tapi bila berbuah tak semua elok..ada yg ditebuk dek burung atau tupai dan ada yg ada ulat. Yg ada ulat nih la kita tak dapat cam,kita ingat elok..tapi kena "cuba try test "dulu.Bila kupas barulah kita tahu apa dalamnya.Hmm nak buang sayang,mak aku tak suka bazir.Jadi makan juga lah yg mana elok..but kena buang juga lah kalau dah ulat sana sini dan busuk..gelii den.Tapi mak aku kata "alah buleh rescue lagi nih" hmmm aku pon jamah sikit gak la..eii masammmnya ..heheh.Last aku buang gak la. Yg kena tebuk tupai dan burung oklah manis isinya tapi tulah dah buruk..again mak aku kata "buleh makan lagi nih" .Pandai unggas nih, tebuk yg manis,pandai unggas nih pilih . Nak kait buah yg elok ada, kira nasib kalau tak dapat yg tak elok.Buah yg elok apa lagi aku makan sesama keluarga.Syok ohh makan buah mangga ,anak anak dan anak buah aku suka giler.Tapi aku nih tak rajin nak kupas kena suami atau mak aku yg kupas baru makan.Itulah tragedi buang mangga aku.Sampai naik batuk aku makan mangga nih..makan banyak sangat. Moralnya:Bila nak makan buang mangga atau nak beli buang mangga hati-hati check dulu ,kot ada ulat dan ditebuk.Dan jangan makan banyak sangat buah mangga nih buleh buat batuk.Dan kalau dapat buah mangga yg berulat atau busuk didalam atau ditebuk jangan sedih,tak rugi kalau buang..kait yg baru tak pon beli yg lain jerr hahaha kan.Hidup jangan complicated..make it simple.Kita mana tahu kan Allah jua yg tahu.
Kisah ketiga:Dah bayar cukai LHDN? Hah! Benda yg semua tak suka buat tapi nilah tanggungjawab kita.Setiap tahun kena buat..tapi asyik lupa atau buat buat lupa.Sampai hujung nak closing baru nak submitt .Biasa..heheh.Tapi tu lah aku palingggg malasss nak buat,sampai aku lupa..nasib baik sahabat aku ingatkan.Adoii kan dah last minit nak buat hmmm.
Tapi sebagai rakyat Malaysia yg bertanggungjawab, aku kena gak buat Tax/Cukai ni.Ini bukan kira suka tak suka,tapi lebih pada tanggungjawab rakyat. Moralnya: Jangan lengah-lengah buat cukai,kalau ada masalah ke kan susah sebab dah last minute.Tapi kalau buat awal kan senang buleh lagi buat adjustment.Dan buat lah tax bukan apa jadilah rakyat yg bertanggungjawab.Jangan ada alasan.
Dan insyallah aku harapkan pada bulan May yg bakal menjelma akan menyerikan hidup aku..dengan Hari Pekerja yahooo!!! paling aku suka cuti.Hari Jadi Suami aku (alamak hadiah belum beli lagi),Hari Ibu yg ditunggu , Hari Jadi Mak aku,Hari Kebajikan Levi Strauss CIT yess can't wait for this event.(tempat aku cari rezeki dan buat amal kebajikan)dan Harijadi Sahabat aku Ms FDR. Dan yg paling aku suka adalah bermulanya Musim Panas...semuanya tak jiwang bunga dah, dan mamat poyo yg dalam hati ada taman bunga tak drama karat dah .Insyallah yg bakal menjelma adalah Sinar musim panas yg penoh harapan yg mewarnai kehidupan dan arena fashion 2012 ini dengan warna ceria dan terang.
Don't forget your sunshades & sunscreen SPF 30.Ingat suka suka gak sang cahaya Matahari tapi selalu beringat protection ya.
Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui..aku hanya plan..tapi yg menentukan Allah jua.

Sunday, April 22, 2012

My Kids..Lost in World of Tambun

 I never ever dream to have kids..i used to think Children taste better than Chicken hahahah.But everything intend to change.When i have my own in 2003,2006 and 2007.My children are very simple minded kids.
My 2nd and youngest child are shy and a dreamer. My children are usually happiest while ranging free in their own world of dreams and ideas. I may seem them perfectly content to snuggle up with a book on their lap or watch television instead of going out to play with other kids, unless it is an activity that really interests them. When in a group, Zara and Mia will most likely go along with the flow instead of taking the initiative .The best way to get them involved are to encourage them to come up with their own games or ideas about how best to play them. Both Zara and Mia are highly imaginative beings and once left to themselves can surprise me with their creative output, whether in terms of ideas or material result.

But unlike my Eldest child Iman.She has tend to have active curious minds, keen to know and study about everything around her.As the Mother to Iman, I  provide  her with books, learning tools and plenty of positive feedback and praise. Iman seem to be particularly good at learning new languages and new things in her life.Another characteristic of Iman as being my first born ,she's practical, grounded natures which is perhaps due to the fact that the element comes from her father. Armed with a sensible nature and discriminating eye, she is usually attracted to ventures which can be taken to a logical conclusion.

So,my children basically very shy and modest.I know that my kids are not Genius or super clever, but i know my kids are very hardworking and humble.They are very grounded.But best of all they are funny kids and always makes me happy and I pray they will grow up to be a good Muslimah and Anak yg Soleh Beriman dan Bertaqwa.

Here some pictures how i spend time with them..Good Quality time together.We went to Lost World Of Tambun Perak.Just to have fun!

















Sunday, April 1, 2012

Why me...Mommy?



Hi I'm Yanie,the poor little girl that everybody in my neighbourhood thinks has so much potential in life.I used to be active,creative,brilliant and very focus in my school work.When I was 6-9 years old ,I used to have a sweet face but it does not last long,by 10 I'm very stress full kid.I have to do the family chores and take care of my sick mom.She is the one that has rob my child hood.I'm sorry to blame her...

I grew up in a poor district in the big city,called CK.Even though I'm poor but I'm happy my mommy and daddy always by my side.But everything change last 2 years ago.Daddy was killed in accident, and mommy became GRO to support me.I was left alone every night.Then mom got pregnant with her boyfriend.I was so devastated.Her stupid boyfriend force my mom to take drugs to get away the stress she had.Then left her with the baby.And now i have to take care my sick mom, the wedlock baby whom is my step-sister .Starting from that on i never smiled,or be active and very lonely and quiet in school.

In school my friends talk bad about my mom's stupid life.With her drugs,alcohol and always shouting at me,is always the Hot topics.I don't have toys or time to play.
One day the welfare department from my area come by to our house.They looked at our untidy and smelly house.The looked at me , the very unhealthy skinny girl bathing a 10 month old baby.This child has no birth cert what so ever.So they took the baby away, at first i was sad about it..but again i console my self, she should deserve a better place like rather like this.Then they search for my mom.She was at bed.Sleeping...deep sleep.She is DEAD! .....overdose of drugs.
I ran and called for Uncle Ben, and told what had happened.But it was too late.My mom funeral was very sad but peacefully.No one came only me ,Uncle Ben and Belinda.The weather was fine,sunny and windy.I did not cried, i know God have something good for my mom.She is better dead than living like a walking corpse,and men treating her like a piece of shit.
I was too been placed in a Shelter Home for lost child like me.Allot of kids here suffer even worse ,some horrific childhood life.Some were raped,abused and force in child labour and prostitute.I felt i was so lucky that i did not get any physical abused only mentally.
I never had  happy childhood in my life, but i never blame God .It must have something for me...i don't know when i will be happy again.I pray and pray to have a good life.I was placed the same place with my sister.I seldom see her now ,i heard she got new foster parents.Good for her .As for me, I'm staying here for a while.Later when i finished school I'm going some other places far away from this Cosmopolitan City that make my life misery...but before i go.I must say good by to Daddy,Uncle Ben,Belinda.Ahh,yes mommy.Why me..Mommy.Why ?..I love you ,I miss you Mommy.



*all pictures are from Richard Wilkinson

Friday, March 30, 2012

Memori Nasi Lemak.......


Inilah Air Tangan Mommylicious Deena for her daughters.Nasi Lemak!


        Al kisah....pasal nasi lemak,siapa yang tak pernah makan nasi lemak.Nasi lemak is very close to me, sebab it invokes the feeling of family togetherness.
Bibik Sumi aku introduce dia makan nasi lemak daun pisang haaa terus suka.Kalau Bibik Sumi tak pandai buat hmm tak tau lerr
Mak aku ,mak mentua aku dan aku sendiri siap ajar macam mana nak buat siap ngan sambal sekali .Penangan Nasi Lemak Malaysia terbaikk..When I was small, nasi lemak was often prepared on Sunday mornings. 
 Mak aku akan mula masak lepas solat subuh.That was a wonderful moment, aku ,abang,mak dan arwah babah makan  breakfast in a relaxed atmosphere as we didn't have school, and got to eat with our parents.Dan kini aku aplikasikan tradisi tu dengan my family pula..with my girls.They love Nasi Lemak.Kalau kat Somban dulu, all my aunts chipped in to help my Wan cook, which made us the,cucu's feel proud of their efforts.


     Tapi masakan Nasi lemak ni berbeza-neza dari setiap orang.Ada yg bubuh halba ada yg bubuh daun pandan atau batang serai nak bagi wangi.Terpulang,dan sambal ada dengan bawang,sotong kering atau ikan bilis.Mana mana pon ok.


Nasi lemak nih is a complete breakfast set that is both nutritious and easily available, nasi lemak appeals to people of all backgrounds and ages today.

Keunikan nasi lemak is apabila di bungkus ngan daun pisang dengan  kertas surat khabar..ntah kenapa kombinasi ni buat nasi lemak tu aroma dia membangkitkan selero.Kat Jitra,Kedah  kampung mak aku tahun 1988-89 macam tu lah..nasi lemak bungkus dengan ikan masin 40 sen.Bayangkan lah aku makan sampai RM1.20 hahaha.Taklah besar bungkusan tu tapi sedap.Ada ikan masin tuu adoii dengan samabal bawang..mana nak car sekarang nihh??But tinggal memori jer lah nasi lemak 40sen or 50sen.Semakin hari semakin mahal pulak nasi lemak ada yg sampai RM 5.Sebab ada ayam dan bagai.Someties we just need those basic nasi lemak kan.Tapi nasi lemak bungkus dalam foam pack or plastic pack tak feel authentic,kena daun pisang gak.



Sampaikan ada movie Nasi Lemak 2.0 from our local director and actors.You see, how Nasi Lemak is part of Malaysian.Ye lah kan ..ada Rojak Singapura,Nasi Ayam Singapura dan etc etc .But Nasi Lemak is ours.."NASI LEMAK TRULY MALAYSIAN"


Asalnya Nasi Lemak  menjadi favourite breakfast choice because memberi tenaga yg banyak kalori untuk kaum petani yg membanting tulang pagi petang ,tapi kalau kita yg duduk kerja di office makan 2 bungkus hmmm alamtnya sendiri mau ingat lah kannnNasi lemak tak lah memudaratkan…tapi setiap apa kita makan kena sederhana jangan berlebih sebab buleh mengundang masalah berat badan..bukan sebab Nasi Lemak,tapi pengambilan nasi lemak ituwww.Sebungkus share lah kalau perut tu tangki kancil.
Kalau tangki sedan makan sebungkus basic sudah lah kann..ni Perut Kancil, selera Macam Lori satu tan…tuu dia Nasi lemak semua ada ayam,paru,sambal ,telur goreng dan rebus  fuuuuhh.Tapi kalau nak makan almost every day, ganti ngan susu lemak rendah dan lebihkan sayuran kangkung,timun atau tomato.Anyway itulah makanan ruji orang Malaysia,dok lah mana kat dunia ni pon teringat kat Nasi Lemak.Regardsles our   races..baikMelayu,India ,Cina,Kadazan,Portugese,Eurasian,Bidayuh,Iban dan Lain Lain  semua makan Nasi Lemak dan ada yg buleh masak nasi lemak.Rasa akan berbeza sebab air tanagn masing-masing that's what makes as "Malaysia Truly Asia"  :)

“Malaysians' love affair with the traditional dish has more than a historical bearing -- the attachment may be emotional, too.” Chef Wan