Friday, April 27, 2012

Berakhirnya Musim Bunga Kaseh April & Bermulanya Sinar Ceria May

Ya Allah,cepatnya bulan berlalu,musim bunga pun dah nak hampir selesai nak masuk musim panas pula.Hmm kalau dia Malaysia tak ada lah 4 musim.Panas dan lembab sepanjang tahun tak pun musim hujan dan kemarau.Hmm target 2012 pon masih belum capai lagi..takpa aku masih ada 8 bulan lagi to go Yes I must I will. April Kaseh..ya ini bukan tajuk slot Drama Tv3 ya, ini slot Drama dalam diriku jua.Banyak berlaku pada bulan April ini.Dengan Kisah Bibik aku cuti Sebulan balik kampungnya di Banyuwangi. Al-kisah Tragedi Buah Mangga dan Al -kisah Bulan Bayar Cukai LHDN.Hahah banyak kisah..yer.Tapi setipa kisah ada pengajarannya dan membuat aku lebih matang menghadapinya. < <
b>Kisah pertama: Bibik aku Cuti Sebulan Seperti biasa bibik aku Kak Sumiyati every 2 tahun dia mesti balik kampong,tiket penerbangan pergi balik majikan tanggung.Untung nya heheh.Gaji pon naik! hahah best.Tapi tulah "perks" menjadi pekerja pembantu rumah.Macam kita yg kerja ni lah setiap syarikat ada "perks" atau keistemewaan nya lah kan.Ada dapat allowence,medical tanggung dan sebagainya.Bagi pembantu rumah ini jer mereka dapat.Tapi itu rezeki dia..gaji pon murah.Kita sebagai majikan tak leh berkira sangat pon.Kak Sumi dah 7 tahun kerja ngan aku,insyallah tambah lagi 3 tahun lepas cuti nih.Syukur Alhamdulillah dia nak kerja.Sekarang pon susah nak cari pekerja pembantu rumah. Jadi selama sebulan nih ...macam macam aku buat dari mencuci rumah,melipat dan gosok kain baju,menjaga anak dan memasak semua aku buat ditambah ngan aku ni working mom hahahha sungguh mencabar.Tapi! ia mengajar aku bersyukur.Ada diantara rakan dan sahabat handai aku tak da bibik langsung anak lebih ramai dari aku tapi mampu melakukanya tanpa jemu dan mengeluh..Masyallah hebat sungguh wanita dan ibu bekerja ini. Moralnya:Ini membuat aku sentiasa beringat aku nih tak susah sangat..kejap jer sebulan..ada yg bertahun tahun .Tabik kaw kaw ala Spring pada working mothers juggle career dan home sekali.Regardless working from home ker,office ker janji bekerja cekal dan sabar menguruskan rumahtanga dan anak-anak
Kisah kedua: Tragedi Buah Mangga
Aha! pernah tengok tak buah mangga? Mestilah semua orang tahu kan, mak aku ada 2-3 pokok buah mangga.Macam macam jenis.Buah mangga nih sedap dimakan..tapi ada kala buah tu nampak jer elok kat luar tapi bila dikupas umaaa aii!! berulat didalam hmmm kalau rasa manih takpa gak nih masam eiii.Mak aku tanam pokok mangga dari benih lagi ada yg dituai dari biji,tanam punya tanam baja, siram ,belek bunga ,sampai pokok tu besar dan buahkan hasil.Kita carilah baka yg elok kan.Mangga India,Harummanis ke atau Siam ataupun Kuinin ka..semua baka elok.Tapi bila berbuah tak semua elok..ada yg ditebuk dek burung atau tupai dan ada yg ada ulat. Yg ada ulat nih la kita tak dapat cam,kita ingat elok..tapi kena "cuba try test "dulu.Bila kupas barulah kita tahu apa dalamnya.Hmm nak buang sayang,mak aku tak suka bazir.Jadi makan juga lah yg mana elok..but kena buang juga lah kalau dah ulat sana sini dan busuk..gelii den.Tapi mak aku kata "alah buleh rescue lagi nih" hmmm aku pon jamah sikit gak la..eii masammmnya ..heheh.Last aku buang gak la. Yg kena tebuk tupai dan burung oklah manis isinya tapi tulah dah buruk..again mak aku kata "buleh makan lagi nih" .Pandai unggas nih, tebuk yg manis,pandai unggas nih pilih . Nak kait buah yg elok ada, kira nasib kalau tak dapat yg tak elok.Buah yg elok apa lagi aku makan sesama keluarga.Syok ohh makan buah mangga ,anak anak dan anak buah aku suka giler.Tapi aku nih tak rajin nak kupas kena suami atau mak aku yg kupas baru makan.Itulah tragedi buang mangga aku.Sampai naik batuk aku makan mangga nih..makan banyak sangat. Moralnya:Bila nak makan buang mangga atau nak beli buang mangga hati-hati check dulu ,kot ada ulat dan ditebuk.Dan jangan makan banyak sangat buah mangga nih buleh buat batuk.Dan kalau dapat buah mangga yg berulat atau busuk didalam atau ditebuk jangan sedih,tak rugi kalau buang..kait yg baru tak pon beli yg lain jerr hahaha kan.Hidup jangan complicated..make it simple.Kita mana tahu kan Allah jua yg tahu.
Kisah ketiga:Dah bayar cukai LHDN? Hah! Benda yg semua tak suka buat tapi nilah tanggungjawab kita.Setiap tahun kena buat..tapi asyik lupa atau buat buat lupa.Sampai hujung nak closing baru nak submitt .Biasa..heheh.Tapi tu lah aku palingggg malasss nak buat,sampai aku lupa..nasib baik sahabat aku ingatkan.Adoii kan dah last minit nak buat hmmm.
Tapi sebagai rakyat Malaysia yg bertanggungjawab, aku kena gak buat Tax/Cukai ni.Ini bukan kira suka tak suka,tapi lebih pada tanggungjawab rakyat. Moralnya: Jangan lengah-lengah buat cukai,kalau ada masalah ke kan susah sebab dah last minute.Tapi kalau buat awal kan senang buleh lagi buat adjustment.Dan buat lah tax bukan apa jadilah rakyat yg bertanggungjawab.Jangan ada alasan.
Dan insyallah aku harapkan pada bulan May yg bakal menjelma akan menyerikan hidup aku..dengan Hari Pekerja yahooo!!! paling aku suka cuti.Hari Jadi Suami aku (alamak hadiah belum beli lagi),Hari Ibu yg ditunggu , Hari Jadi Mak aku,Hari Kebajikan Levi Strauss CIT yess can't wait for this event.(tempat aku cari rezeki dan buat amal kebajikan)dan Harijadi Sahabat aku Ms FDR. Dan yg paling aku suka adalah bermulanya Musim Panas...semuanya tak jiwang bunga dah, dan mamat poyo yg dalam hati ada taman bunga tak drama karat dah .Insyallah yg bakal menjelma adalah Sinar musim panas yg penoh harapan yg mewarnai kehidupan dan arena fashion 2012 ini dengan warna ceria dan terang.
Don't forget your sunshades & sunscreen SPF 30.Ingat suka suka gak sang cahaya Matahari tapi selalu beringat protection ya.
Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui..aku hanya plan..tapi yg menentukan Allah jua.

No comments:

Post a Comment