Showing posts with label RIANG RIA FAMILIA. Show all posts
Showing posts with label RIANG RIA FAMILIA. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

Keluargku Syurgaku.




Kita perlu ada keluarga kerana? Kerana keluarga lah harta yg kekal abadi.Kalau tidak pincang sebuah keluarga itu,Insyallah mereka akan mendoakan kita kelak bila kita tiada.Terutamanya keluarga terdekat kita.Macam Mak Ayah,anak-anak,abang ,adik dan kakak.

Keluarga kena lah tolong menolong sesama.Bergaduh adik beradik tu biasalah, tapi janganlah terbawa bawa hingga memutuskan siratulrahim.Kerana adik beradik ni umpama air dicincang takkan putus.

My Familia

Malah hidup berkeluarga ni kena ada sikap kasih sayang dan tolenrasi.Kasih pada mak dan ayah  pula kenalah sentiasa tersemat di hati.Walau mak ayah kita garang dan kuat membebel..mereka tetap mak ayah kita dan tanggungjawab kita berbakti pada mereka.

My Kids and Nephews
 Malah  dengan anak-anak dan anak buah kita mesti wujud perasaan sayang dan mendidik supaya generasi ni menjadi generasi yang soleh,beriman ,dan kasih sayang saling hormat menghaormati.Janganlah ada rasa dendam,iri hati dengan adik beradik sendiri.

With My lovely cousins.
Dengan sepupu pon kita kena berbaik dan keep in touch always,because is good to have our cousins around and the feelings is tottaly awesome when we know that our extended families are very close knit and we can count on them sometimes.

Malah sebagai Suami dan Isteri kita juga kena ada sikap kerjasama dan saling faham memahami.Dan yang paling utama adalah sifat sabar dan sering memberi kemaafan.Sebab apabila kita menjadi Suami dan Isteri akan terbentuknya satu unit keluarga.Dan kita lah yang bakal menjadikan generasi kita atau keturunan kelak kita itu diredhai oleh Allah dan menjadi umat yang memiliki sifat baik,hormat menghormati dan kasih sayang seperti mana atok,nenek dan ibu bapa kita didik kita.



Jika ada diantara keluarga kita tak menjadi, atau tersasar dari landasan,ada masalah..janganlah marah sangat, benci dan menghukum atau perli mereka.Tak baikk.Kita kena bantu semana yang boleh.Beri nasihat yang sesuai dengan keadaanya dan memahami situasi masalahnya.
Bantu sekadar yang mampu,doakan kesejahteraan mereka.Kerana kita sebagai keluarga adalah satu unit, kena bersatu.Jangan ada benci diantara keluarga dan pilih kasih.





Friday, February 14, 2014

Bukan Mudah Menjadi seorang Emak


Menjadi seorang Emak bukanlah tugas yg mudah apatah lagi yg bekerja dan banyak pengorbanan yg harus dilakukan.Akan tetapi kalau pandai balance masa pasti tidak lah begitu susah menjadi aeorang emak.
Anak ramai atau sikit bukanlah menjadi ukuran,sebab tugasnya sama juga mendidik anak dan memberi kasih dan manja pada anak anak.Tetapi ya lah bebanan itu berbeza.Manakala yg punya pembantu rumah
beban mengurus rumahtangga agak berkurangan dan boleh fokus sepenuhnya pada anak anak.Akan tetapi tanggungjawab itu harus dan tetap dipikul oleh seorang Emak.Ada mak yg garang dan ada mak yg lemah lembut.Bagi aku lah..mak aku tegas dan agak laser.Garang tak,tapi suka tanya macam polis.Tapi itulah..sentap, merajuk..dia tetap mak aku.Dan kini aku bergelar emak...baru aku tahu tinggi rendah langit dan baru buku bertemu ruas.Walaubagaimanapon,aku ada tetap ada cara aku sendiri bagaimana nak menentukan hala tuju anak ,mendidik dan mngasuh.Ya walaupun ada suami yg bantu dan ada yg tidak..anak ni suka menempel ngan emak.Walau emak tu garang heheheh.Sebab apa? Sebab Emak,title yg sangat suci dan terbaik dalam dunia.

Pada Emak berdikari pula, lebih mencabar kerana dia lah emak dan bapa.Memegang 2 tanggungjawab mwnguruskan hal anak.Sungguh tabah dan sabar mereka ini.Mengharungi liku kehidupan jauh lebih mencabar mental dan fizikal.Namun mereka ini cekal mendidik dan memberi perhatian yg terbaik buat anak anak.Hats off to them.
Walau apa pon, tugas seorang Emak sangat mulia,walau penat lelah mereka tetap lakukan tugas mereka dengan penoh dedikasi.






Wednesday, June 6, 2012

Mid Term School Break with Food and Adventure

Cuti sekolah tak tau nak pi mana, anak anak aku dah keluh resah.Iman baru habis Mid term exam.Result tak berapa nak cantik.Jadi aku tak nak bawak dia kemana-mana special.Tapi memikirkan ayah dan bonda mentua aku di kampong tak berapa nak sehat aku cadang pada my husband kita balik.Jenguk-jenguk keadaan ayah di kampung.Ya ..ayah tak berapa nak sehat.


So bila balik kampung kids suka.Aku lagi lah  suka....hahhah.Sebab suasana Kampung Badlishah,Kulim Kedah sangat special di hati aku.Sebalum sampai ke rumah mak ayah aku kena lalu Masjid ni dulu.

Lepas tu baru sampai umah mak ayah aku...uihhh best dikelilingi pokok-pokok hijau, arnab,kambing, itek bagai semua ada lah.

Relax sungguh...





Tanaman Pokok Bunga Mak sehat sehat belaka.




Mak memang suka tanaman.Tanam apa saja mesti menjadi...sehat dan subur.Eiii syok nya tengok tanaman mak.Aku pon suka menanam sejak kebelakangn ni.Ada juga mak ternak kambing,angsa,arnab dan ayam.Saja suka-suka.

Aku suka balik kampung, sungguh tenang dan best.Jauh dari kesibukkan PJ.
Hahah..breakfast kami? fuhhh ini yg paling aku suka.Mana nak dapat macam ni di PJ atau KL.Kalau ada feel dia lain la..Ni kat Serdang tak jauh dari kampung kami.


Ini lah gerai favourite my hubby.Makanan dia ok lah biasa..tapi...feel dia.PRICELESS!



Nasi Lemak,macam-macam lauk pilihan.


Kuih Tradisi Melayu

Tuu dia sebok nooo....

Pau dan Kuih Kacang Hijau


Kopi Addict Aku

Nasi Lemak Serdang




Teh Tarik Buih hubby aku.

Sebab cuti sekolah,anak buah aku dok lepak sama kat kampung,apa lagi the next day kami bawak depa ni pi Sungai Sedim..Fuhhhh.Ni very the adventure.SYOKALINGAM!Hutan Lipur,Sg Sedim tak berapa nak jauh dari kampung kami ,masih daerah Kulim la.Anyway kids were having a blast and melihat ciptaan Allah.Subahanallah.Aku bawak 7 kids with me.3 anak aku 4 anak buah aku.Hahah...macam ni rasanya anak 7 orang..hmm bulah tahan penat.



Aktiviti yg ada disediakan


The Nephews


Hutan Lipur..Subahanallah.


Makan jap..


Ini dari the Canopy Walk..gayat.


Mia nak naik Water Rafting Ke?




Banyak aktiviti buleh buat,yang special tu Water Rafting ,Tree Top Walk,Paint Ball ,mendaki Gunung Bintang ,camping dan berkelah.Tapi for this time kita naik The Tree Top Walk ajer..lain kali buleh mandi manda dan hiking ok.

So sebelum nak masuk kena bayar dulu.Then baru buleh masuk.So jomss.............


Heheheh Gayat tak? Aku tak berapa nak gayat sangat tapi ok la.So we hiked up and up..until same level dengan the trees.


So lepas dah sampai bawah kita pon balik...penat semua ada.Tengok jam dan pukul 12.00.Kids semua dah lapar.

Muka penat tapi enjoy sangat .With our 7 kids.



So we end up makan di NASI AYAM PERIUK BESAR..lapr betul budak budak ni hehehehe.Nasi Ayam Periuk besar kira famous juga lah di kawasan Kulim ni, dah masuk TV3.


Check out the hungry kids....tak cukup papa tambah.Makan-makan Paksu belanja .

So itulah aktiviti kami, sampai umah tokwan semua pengsan.Besok pagi pergi cari buah untuk mak sebelum balik..hmmm nak beli buah apa ya?


Hmmm makan durian dulu lah nampak sangat menarik.heheheh.

Beli some groceries untuk mak dan ayah sebelum balik ke KL.Ni typical kedai runcit kat kampong.Masih berpapan lagi.Tapi dont under estimated depa ni..very kaya youuu.Heheheh.So lepas dah settle semua kami pon nak berangkat balik.Miss kampung so much.Insyallah kami balik lagi..



Siap dah berkemas balik.....nanti kami balik lagiiiii.