Disini aku inigin berkongsi beberapa pengalaman yg aku alami ketika bulan Ramadhan tahun ini ,ia satu pembelajaran atau "my learning curve" dalam memperbaiki diri, memotivasi diri dan membuatkau lebih dewasa dalam mengendali masalah diri,masalah yg aku bawa pada orang lain dan jiwa kacau yg sering aku alami.
Sedia maklum Puasa salah satu daripada lima rukun Islam,jadinya ia adalah HARUS dan WAJIB dilaksanakan.
- Puasa membuat diri aku terpelihara dari kesusahan dan kepayahan hidup.Sering bertaqwa dan redha dalam ketentuan Allah. dan disini bersangkut paut pada SABAR.
- Puasa kali ini menjadikan diri aku sedikit Sabar dari biasa..ya aku orang yg kurang Sabar dan mudah give up.Tapi Puasa memberi aku ruang mengurangkan amarah dan gopoh gapah aku dari biasa.Lebih banyak berfikir dan plan my life better.Kerana orang yg Sabar mudah mendapat Kejayaan yg luarbiasa dari orang biasa seperti aku.
- Puasa kali ini membuatkan aku Happy.Ya..puasa kali ni aku,happy sebab kebanyakkan masa aku berbuka dengan suami..tak seprti tahun tahun terdahulu.17 tahun lalu kebanyakkan waktu berbuka diluar, di pejabat dan bersama kawan kawan,solat Terawikh selalu diabai kan.Alhamdulillah Hanya 4 kali sahaja aku buka puasa dengan kawan baik aku,dan seboleh bolehnya aku taknak tinggal solat Terawikh dan aku sempat solat malam di minggu LailatulQadar..sungguh menggembirakan.Satu kejayaan buat diri dan jiwa aku selama ini penuh dengan hiba.Malah aku dapat solat 5 waktu penuh, jika tidak ada sahaja halangan.
- Di bulan Puasa yg banyak kelebihan nih,rajin -rajinlah bertaubat.Aku banyak buat dosa..ya lah aku bukan insan sempurna sering buat kesilapan.Aku banyak salah pada parents aku, suami, anak anak dan sahabat dan kawan kawan aku.Banyak hati yg aku tak jaga, yg buat mereka kecil hati dan berjauh hati dengan sikap aku.Aku pohon keampunan semoga mereka ini mengampun kan kesalahan aku.BAik yg disengajakan dan tidak disengajakan.Banyak sudah kesilapan aku lakukan dan ku Pohon keampunan dari Allah S.A.W. agar dosa aku diampunkan...sedih sungguh aku rasa bila terkenanag kesalahan aku.Aku kalau buleh tak mahu ulangi the same mistakes alll over again.I hate it.
- Aku menikmati puasa kali nih kerana ingin menjauhi diri dari API NERAKA.Kalau kita tahu betapa dasyat nya Api neraka itu,tak sanggup nak dok dekat apakan lagi nak masuk.Mintak simpang.Jadi dengan "Berlapar dan Dahaga di jalan Allah ,maka Allah akan menjauhkannya dari Api Neraka sejauh perjalanan 70 musim."Ini diriwayatkan oleha Abu Said Al -Khudry RA bahawa ia mendengar Rasullullah bersabda.Bayangkan.
- Selanjutnya di antara kenikmatan puasa yg kita rasakan manfaatnya yg besar kelak ia itu memasukkan kita ke dalam Syurga insyallah.Kita akan dipersilakan untuk masukk ke dalam Syurga dengan pintu istemewa iaitu Ar-Rayyan..bukan Ryan yer..Ar-Rayyan.Pintu Ar-Rayyan adalah pintu syurga untuk orang -orang yg berpuasa sahaja .Sesiapa yg memasuki syurga melalui pintu tersebut tidak akan merasa dahaga selama-lamanya.Masyallah hebat bukan.Tapi nak masuk pintu Ar-Rayyan kita kena puasa betul betul,kena tahan marah, kena kawal nafsu mata,telinga,mulut,dolat tak tinggal dan dilakukan dengan penuh keimanan.
- Last but not least,Lakukan lah ibadah Puasa ini dengan terbaik dan penuh kecintaan.Lakukan dengan penuh keikhlasan dan terbaik untuk dipersembahkan pada Allah..bukan untuk menunjuk kat member, bukan kerana suami atau mak suruh, bukan kerana malu kat kawan.Buat keran ini adalah Suruhan Allah.Insyallah kita akan mendapat nikmat berpuasa itu dengan pujian Allah,insyallah.Kerana Rasullulah bersabda:"Tuhan-mu Azza Wa Jalla berfirman: "Hamba-ku telah meninggalkan syahwatnya-nafsu makan, minumnya untuk mendapat keradhoan Ku.Puasa itu bagi-Ku dan aku akan membalasnya kebaikan." (HR Ahmad).Amin.
No comments:
Post a Comment